Aktviti Membaca!

Khamis, 28 September 2017

Lengloi

Lengloi
Maria Kajiwa

ISBN: 9789674462154
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2015
Halaman: 496
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Oh, myyyyy! I don’t like the cover haha. Ni kalau nampak muka depan terus rasa nak tutup buku haha.

Good job MK. Apa yang harus aku kata. Cerita seperti ini memang ‘makanan’ beliau. Tiada apa yang kurang cuma ya, kerana aku sudah dapat mengagak siapa ‘Lengloi’ tu di awalnya, jadi bintang berkurang satu.

Namun, ianya masih tidak mengecewakan. Genre seram/misteri ini masih berjaya mengikat aku ke titik penamatnya tanpa perlu melangkau pembacaan. Apatah lagi aku cukup bersemangat mahu merungkai rahsia di sebalik kedai bernombor 55 itu.

Jalan cerita disusun dengan teratur, tidak terlalu terburu-buru. Masing-masing akan sama-sama terasa seramnya. Dan, dek kerana mahu menonjolkan plot masa yang berbeza, penulis akan mencatat tarikh dan masa di awal setiap bab. Jadi tidak akan berlaku kekeliruan.

Dan, bila rahsia kematian itu diketahui, tidak dapat tidak aku turut merasa akan kesakitannya. Ngerinya dilapah hidup-hidup. Oh, Tuhan! Memang manusia itu lebih kejam daripada haiwan. Kasihannya Suzy.

Penutupnya aku cukup lega, puas hati. Semua yang terlibat sudah menerima balasannya. Adilkan percaturan Tuhan? Cuma ya, kita ini ada masanya cepat sangat mengalah, berputus asa dengan dugaan yang mendatang. Hidup perlu senantiasa percaya, tanam dalam hati, bulatkan keyakinan --  Tuhan bersama si dia yang teraniaya.

Sedikit nasihat, mungkin elok kalau tidak dibaca di tengah malam. Bukan apa, takut ada yang memerhati! Jaga-jaga! Haha :P


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))