Aktviti Membaca!

Khamis, 28 September 2017

Sunan Cinta Nan Sakti

Sunan Cinta Nan Sakti
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789678606387
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: November 2015
Halaman: 662
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Aci tak kalau aku ulang baca kesemua siri Sunan yang lain? Haha.. Ya, memang itulah yang aku rasa bila tamatkan siri yang terakhir [harapnya ini memang yang terakhir] ini. Tapi dek terkenangkan buku yang berderet dalam gobok aku pendamkan dulu. Lagipun buku ini aku peram hampir 2 tahun [Haaa… Nampak tak betapa peram dan aku sukar dipisahkan haha :P], makanya aku berazam untuk tidak berbuat begitu pada buku-buku lain juga ahaksss

Buku ini pelengkap pada kesemuanya, tapi aku kira ia adalah kesinambungan yang terbaik buat SunanNaggroe Sang Kembara. Ia menjawab hampir keseluruhan apa yang aku mahukan daripada buku sebelumnya. Syabas RAM. Cuma, ada sesetengah part yang seperti ada yang tidak kena, namun aku masih enjoy membacanya. Dan, twist tentang Seroja itu sangat aku suka. Yayyyy.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” -- Rupanya di sini lah mulanya. Bagaimana Sang Ratu bertemu si Sunan. Namun, ianya ‘dipadam’ dalam minda masing-masing di akhirnya. Aku boleh kata ianya tidak pernah aku jangkakan. Tahniah RAM.

Tak mahu cerita lebih kerana aku senang dengan kesemua yang ada. Debaran yang menemani sepanjang tempoh pembacaan. Apatah lagi dapat berkenalan dengan Sirangka. Aku mengharapkan agar ada hidayah untuk bangsanya.

Untuk kesekian kalinya, ketika tiba di perenggan ini, aku masih berkira-kira untuk reread siri Sunan haha. Dan, jujurnya Sunan akan kekal sebagai watak laksamana yang hebat di hati, watak yang tak akan pernah dilupai.  

Ps: Fong Sai Lam itu banyak kali aku baca sebagai Fong Sai Yuk haha.


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))