Aktviti Membaca!

Khamis, 19 November 2015

Mama Mia Saza

Mama Mia Saza
Emy Roberto

ISBN: 9789671174111
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 512
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Full review: 19/11/2015

2.5*

Hmm.. sayangnya bila dah baca karya keduanya yang memikat, buku pertamanya ini aku cuma katakan ok-ok saja.

Suka? Ya, ada beberapa yang aku suka. Misalnya hubungan ibu dan anak. Penulis berjaya memotretkan hubungan antara Maya dan Mia Shaza dengan baik sekali, sepertinya aku percaya akan kewujudan dua beranak yang ‘kehilangan’ ini. Syabas!

Aku juga suka dengan gaya penceritaan. Ceritanya pantas bergerak... tau-tau sudah sampai ke penghujung cerita. Ada flashback dan semuanya dilakarkan dengan baik sekali.

Tapi sayangnya aku terganggu dengan ‘campur tangan’ yang boleh dikatakan ada di setiap bab. Sekali, ok boleh terima tapi kalau banyak kali jumpa. Pheww... *tarik nafas*. Misalnya; “tak senonoh okey – halaman 13”, perkataan okey tu saja dah bikin mood aku terbang melayang.

Keduanya, aku tak ‘faham’ akan kehendak Maya. Berikrar setia menanti sang suami, tapi bila sudah jumpa Syazwan amarahnya tak surut-surut juga. Dan, bila talak sudah dilafazkan, barulah jatuh-terjelepuk-tak-mau-bangun-bangun. Hubungannya dengan Nadia yang dulunya rapat pun renggang akibat hal ini. Tolak satu lagi markah kerana seakan reda dengan kejadian ‘putus kawan’ ni. Hmm, bagaimana ya mahu aku katakan? Watak si Maya tak seutuh Rafeeqa.

Apa pun tahniah! Ternyata penulis begitu berhati-hati menyampaikan isi penghijrahan. Ada beberapa part yang menyentuh hati. Dan, Emy Roberto, saya tunggu novel awak seterusnya. You go, girl!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))