Aktviti Membaca!

Selasa, 14 April 2015

Sutera Bidadari

Sutera Bidadari
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831246795
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 547
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Done!
Kalau abam Sunan cepat benauuu habisnya. Takde pula 'lemau' datang menyinggah..hikhikhik

Full review: 14/04/2015

Sukar rupanya menjadi sang Laksaman Sunan ni. Ada saja ‘peperangan’ yang harus ditempuh. Penuh dengan dugaan dan cabaran.

Kesinambungan kali ini, Saifudin yang parah dirawat oleh Hang Tuah nun di Tasik Hulu Melaka. Enam purnama berlalu, kesihatan Saifudin makin membaik dan akhirnya, Saifudin memulakan pengembaraannya kembali.

Kali ini, tujuannya memburu Taghut. Misi membawa ke Negeri Atas Angin, bertemankan Maryam, Luna, Panglima Awang Bagan, Sadik dan Abdol Rahman. Di pertengahan jalan dibantu oleh beberapa pahlawan bangsa Polip; terutamanya Indera. Bukan mudah mahu ‘berperang’, tapi tanggungjawab yang digalas harus dilaksanakan.

Dalam sibuk memburu Taghut, Saifudin dihimpit Sang Dewi; si makhluk siluman yang kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. Part ini menarik, mana taknya hati sudah menjangkakan ianya Ratna. Apa pun, perjalanan mengetahui siapa Sang Dewi memang mengujakan.

Kisah Saifudin berselang-seli dengan kisah Saifullah; sang pemegang amanah Catatan Maryam dan Keris Nanggoroe. Siapa Saifullah? Ala... tak susah nak menekanya. Siapa lagi yang bisa hidup lama selain bangsa Polip kan? Dan ada sikit kisah Haryani di hujung cerita Saifullah. Haihh... si perawan itu masih lagi dengan amarah dan sombongnya. Sekali Saifullah buka rahsia, terduduk terus! Hish, menyampah pula kita hahaha ;P

Apa pun aku suka kesudahan si Taghut atau harus aku katakan si Raja Roman. Pengakhiran yang baik untuk si lelaki yang pernah membuang Tuhan-Nya. Hidayah muncul di saat kita sendiri tak menduga. Alhamdulillah, matinya tidak sia-sia. Indah aturan hidupnya. Kita sendiri yang asalnya Islam belum tentu lagi pengakhirannya. Doa banyak-banyak, moga rahmat sentiasa melingkari hidup kita hingga hujung nyawa.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))