Aktviti Membaca!

Selasa, 14 April 2015

Aku Pilih Dia

Aku Pilih Dia
Hezzy Azra

ISBN: 9789831247426
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Disember 2011
Halaman: 560
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

3.5*

Raif & Redza...
Aku dah kelip-kelip mata kat si enche. Harapnya dia faham... ahaksss :)

Full review: 10/03/2015

Buku kedua oleh Kak Hezzy Azra [HA] yang ada dalam simpanan. Ya, lepas ni akan bermula edisi mengumpul buku-bukunya buat koleksi. Tak pasti, tapi tulisan HA ada pesonanya tersendiri. Aku suka! Kalau ada sesiapa mahu let go bukunya, boleh hubungi aku ya.

Johana ‘tinggal’ dalam dunianya tersendiri, setelah kematian Khalil tiga bulan sebelum mereka diijabkabulkan. Sukar untuk Johana membuka hatinya pada lelaki-lelaki di sekelilingnya. Paling rapat pun ada si Raif Imran [Raif], teman yang ditemui secara tak sengaja ketika first assignment Johana menjadi seorang wartawan.

Daripada kawan biasa, akhirnya ke ‘teman tapi mesra’, masing-masing tak pernah meluahkan rasa hati. Mana taknya, perangai Raif yang suka ‘mengumpul’ teman wanita di sekeliling pinggangnya, membuatkan Johana merasakan yang Raif tak pernah serius. Apatah lagi, Johana merupakan insan yang sering dicari bila dia berdepan dengan masalah temna-teman wanitanya. Tapi apa yang Johana tak tahu, Raif sebenarnya sudah meletakkan Johana nun jauh di atas singgahsana hatinya.

Kemunculan abang Raif; Ian Redza [Ian] mengubah segala-galanya. Pada waktu ini baru Raif menyedari hatinya mencemburui hubungan baik Ian dengan Johana. Dia kini seperti perlu berebut-rebut dengan Ian untuk bertemu dengan Johana. Malah mendengarkan perbualan Ian dengan ibunya tentang suri yang sudah dijumpai, buat Raif makin tak senang duduk. Apakah Johana yang dimaksudkan oleh Ian itu?

Johana sendiri tak pernah menyangka, ada getar yang bertandang bila dia melihatkan wajah Ian. Apa lagi dengan perwatakan Ian yang gentleman dan matang, sungguh memikat. Tapi, sebelah hatinya serba-salah. Kedua-dua beradik itu bagaikan ‘bermusuhan’ untuk mendapatkan perhatiannya. Sudahnya, siapa pilihan Johana?

Naskhah yang comel dan manis. Boleh buat aku tenggelam dengan rasa tersengih-sengih kambing hahaha. Tapi yang comel tu aku letakkan di bahagian munculnya Ian. Chemistry antara Ian dan Johana menjadi. Comel je, rasa cam nak gigit-gigit. Eh! Eh! :P

Ps: Kredit pada teman bonetrians yang rajin belikan aku sebuah... macehhh

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))