Aktviti Membaca!

Selasa, 14 April 2015

Kau Untukku

Kau Untukku
Aisya Sofea

ISBN: 9789831240618
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2001
Halaman: 521
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Aku tertengok dramanya di Astro, dan-dan aku mencari bukunya. Waktu tu dah macam orang mengidam nak juga baca bukunya by hook or by crook. Dalam keadaan 'lemau-lemau-biskut', terjumpa pula hahaha

Full review: 14/04/2015

Evergreen. Rasa bagai mengimbau kenangan lama pula..ahaksss...

Nama watak pun sangat sesuai dengan phase cerita pada waktu itu. Aku suka. Cerita yang sangat sederhana. Tiada konflik keras, atau kisah sang orang kaya yang melampau-lampau perinciannya. Jadi, mungkin itulah penyebab kisah cinta Nurul-Fuad ini kekal evergreen hingga hari ini. Apatah lagi penulisnya sudah punya aura tersendiri. Pastinya, kisah-kisah yang dilakarnya lebih menusuk hati.

Kalau dulu-dulu, kisah bos dan pekerja bercinta macam happening sangat. Mungkin kerana pilihan bacaan novel tak seperti sekarang kan. Waktu tu novel Melayu sangat terhad penerbitannya, tak seperti kini. Macam-macam kisah, daripada pelbagai penerbit pula.

Kisah Nurul-Fuad ni sangat mudah. Bos yang terjatuh hati saat pandang pertama pada bakal anak buahnya tersendiri. Tapi hasrat hati dipendam bila mengetahui Nurul sudah berpunya. Bukan mudah untuk Fuad berlagak keras dan sombong dengan Nurul, sedangkan hati dah berbunga-bunga cinta.

Namun takdir mengubah segalanya. Tunang Nurul terkorban dalam kemalangan jalan raya. Si enche bos mula mengorak langkah, tapi hakikatnya tak mudah mahu mencairkan hati sang gadis pujaan. Pelbagai cara diatur, akhirnya cinta jatuh juga dalam hati Nurul. Yalah, bukan main bersungguh lagi si Fuad ni.

Tapi dalam diam, ada juga si pengganggu. Apa yang akan terjadi pada pasangan sejoli ini? Mampukah mereka kekal bersama? Jeng..jeng..jeng... sila-sila baca buku ini untuk tahu kisah penamatnya. Jangan risau, happy ending pastinya.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))