Aktviti Membaca!

Selasa, 14 April 2015

Gerimis Rindu

Gerimis Rindu
Meen Zulaikha

ISBN: 9789831244616
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Ogos 2009
Halaman: 494
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Not as I expected to be. Tapi, karya penulis masih tak mengecewakan aku kerana seperti biasa ceritanya ada kelainanan tersendiri.

Full review: 13/02/2015

Akhirnya lengkap juga koleksi Meen Zulaikha dalam gobokairina. Suka..suka. Kredit pada si bonetrians yang rajin membantu rakan-rakan dalam edisi book hunting.. ahaksss...

Aku suka dengan pergolakan jiwa Ailani. Dari gadis yang liar dan manja, perlahan-lahan berubah dewasa dan matang. Kalau dulu terikut-ikut dengan darah mudanya, kini dia sudah bisa berfikiran waras seiring usianya. Nampak sungguh Ailani ‘membesar’ bersama-sama waktu walau dia ‘dibuang’ oleh keluarga sendiri.

Dalam membentuk hidupnya kembali, Ailani bertemu dengan ramai orang. Antaranya Dato’ Rahim, yang kemudiannya menggajikannya sebagai pemandu peribadi. Mudah benar kerjanya dengan Dato’ Rahim, tapi yang tak mudah adalah berdepan dengan Fatimi; anak kepada tokoh korporat itu. Entah mana silapnya, mereka sering saja berlaga angin.

Keadaan makin meruncing bila rahsia sekeping cek atas nama Ailani sampai kepada Fatimi. Hatinya makin kuat mengatakan Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya. Lalu dia merancang sesuatu. Ailani harus ditundukkan, by hook or by crook. Si pisau cukur seperti Ailani harus disingkirkan segera daripada keluarganya.

Namun, lain dirancang lain yang jadi. Keanggunan Ailani sukar ditolak. Dalam diam hati sudah bergetar. Mampukah Fatimi menidakkan bunga-bunga di hati? Dan apa pula kesudahan misinya menyingkirkan Ailani? Jeng jeng jeng...

Apa yang aku suka tentang penulis ini adalah variasi dalam ke semua karyanya, tidak stereotaip dengan hanya berbekalkan satu cerita. Dan, sebagai penulis senior, aku kira tiada apa yang harus diulas akan lenggok bahasanya. Cukup serba-serbinya. Cuma, kali ini kisah ini tak begitu lekat di hati namun tidaklah mengecewakan. Dan, buat peminat Kak Meen, jangan lupa untuk lengkapkan koleksi anda.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))