Aktviti Membaca!

Selasa, 14 April 2015

K-4: Kapsul Ungu

K-4: Kapsul Ungu
Elzara Hariri

ISBN: 9789671065709
Penerbit: K Four Publishing
Tarikh Terbit: Ogos 2011
Halaman: 271
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Lama rasanya tak baca karya yang dimasukkan unsur saspen ni. Bila dah baca, mulalah rasa teruja.

Tapi, agaknya cerita ini mudah saja ditebak. Alahai, sayang sungguh! Namun, masih menyeronokkan untukku baca. Yalah, nak ‘bernafas’ setelah larut dengan segala kisah cinta romantis novel Melayu. Ada eloknya mencari cerita-cerita begini, atau pilih genre seram. Ya, tak?

Premisnya mudah. Bard dituduh membunuh teman wanitanya; Natasha di Singapura. Dengan hanya berbekalkan sebentuk kunci peninggalan Natasha, Bard ‘melarikan diri’ untuk cuba merungkai misteri di sebalik pembunuhan Natasha.

Ayah Bard meletakkannya di bawah KH Inteligence. Di sini, Bard diberi identiti baru dan mula menyertai K-4, sebuah unit penyiasatan. Bard sukakan tugasan barunya, apa lagi dengan kehadiran teman-teman K-4 yang satu kepala. Benji dan Rajan sudah dianggap saudara. Cuma hati masih lagi menyimpan hasrat, mahu mencari si pembunuh Natasha.

Tugasan Kapsul Ungu membawa Bard jauh ke Malaysia. Di sana dia bertemu Julia. Ada misteri yang perlu diselesaikan. Tapi makin dalam dia menyiasat, dia makin keliru, seperti ada sesuatu yang saling bersangkut-paut dengan tragedi yang menimpa Natasha. Keadaan makin meruncing bila Rafael, ketua KH Intelligence ada agendanya tersendiri. Belum masuk lagi dengan helah anaknya; si Randi. Masing-masing mahu menunjukkan kuasanya.

Apakah yang akan terjadi pada Bard bila dia tersepit dengan kemelut dua beranak itu? Dan, apakah Benji dan Rajan akan berpihak padanya? Jeng jeng jeng.... sila-sila dapatkan di PNM untuk bacaan lanjut :)

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))