Aktviti Membaca!

Khamis, 22 Januari 2015

Suzan



Suzan
Manaf Hamzah

ISBN: 9789839068290
Penerbit: Pustaka Islamiyah
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 744
Harga: RM50

~ Rasaku… ~

Lepas habis ni, aku pergi beli aiskrim dan hadiahkan pada diri sendiri sebab berjaya juga habiskannya walau hanya membaca atas skrin komputer. Daebak Che Rina!

Full review: 22/01/2015

Review terakhir untuk buku-buku 2014! Yayy!

Ini buku kedua Pak Manaf yang aku baca. Stail penulisan yang sama, dan ‘rasa’ yang sama. Hmm, gimana harus aku bilang ya? Tapi membaca karyanya macam mengimbas kenangan lama -- cara orang-orang lama menulis.

Dan satu lagi, unsur misteri yang dilakarkan dalam plot-plotnya. Ada masanya, ia kelihatan mudah tapi ada masa hati tak tenang kalau tak tahu apa yang membuatkan cerita yang santai tetiba bertukar saspens.

Berpaksikan bumi Turki, nampaknya penulis dari mula sudah mengikat aku. Aku bagaikan turut mengembara bersama-sama Rutzem dan Suzan. Menempuh pelbagai halangan dan dugaan, padat dengan aksi yang mendebarkan. Tak disangka, perjalanan mereka sungguh jauh dan berliku.

Dan bila tiba di penghujungnya, aku bagai terkena kejutan eletrik. Shocked! Memang tak terbayang langsung di minda. Kudos penulis!

Aku bersetuju dengan pendapat Ririn. Buat penggemar Historical Romance mungkin boleh cuba baca ini. Siri Highlanders versi orang kita. Menarik dan ada keunikannya tersendiri.

Oh, ya! Ini kan ada sikit-sikit kisah kahwin paksa, antara si Rutzem dan Suzan tapi ya dengan setting yang berbeza.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Cik Airina,
    Harga tu mmg harga asal ke?

    BalasPadam
  2. Haah Kakchik, agak mahal bukunya. Nak jimat beli secondhand tak pun masa PBAKL

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))