Aktviti Membaca!

Isnin, 26 Januari 2015

Calon Isteri Putera Mahkota



Calon Isteri Putera Mahkota
Haliban

ISBN: 9789675426919
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2012
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

Full review: 26/01/2015

Cerita yang sangat free free free. Amboiii... dah macam apa je hahaha. Tapi yalah, yang pertamanya, ia free kerana dibaca atas talian [baca: online]. Keduanya, cerita ni sangat free daripada konflik yang membunuh jiwa. Ada sedikit unsur saspens, tapi setakat gitu-gitu je, cam di celah gigi. Belum bisa menggetarkan sukma... perghh... bukan main lagi ayatku pagi-pagi Isnin ni hahaha.

Tapi, aku kira ianya sangat sesuai untuk golongan sasarannya. Buat para pembaca si manis 17. Walaupun di akhir-akhir nanti ada sedikit cerita tentang perkahwinan. Tapi ianya setakat pra-pengenalan, masih tidak mencacatkan suasana.

Baik, ini kisah tentang sang putera mahkota dari negara Darwish yang perlu berkahwin atas kepentingan negara. Tengku Muhammad Danish pening kepala, statusnya sebagai sang putera mahkota menyebabkan dirinya tak ramai kawan. Jadi celah mana mahu mencari calon isteri?

Si nenda rupanya ada jalan lain. Sang gadis biasa-biasa bernama Iman Razali dipilih diam-diam. Tapi mana lah tahu rupanya ada insiden kecil antara Danish dan Iman... jeng jeng jeng...

Apa bakal berlaku pada hasrat kerabat diraja tentang perkahwinan segera Danish? Dan, apakah Iman bisa menerima hasrat nenda untuk mengahwini sang putera mahkota? Sila-sila dapatkan di laman PNM. TAPI, mohon bersabarlah kalau ada masalah dalam melayari laman web tersebut ahakss...

Seperti yang aku bilang daripada awal tadi, cerita ini memang sangat straightforward. Namun aku suka dengan sisipan addin yang ada, dibuat dalam kotak comel yang memikat. Ringkas dan mudah hadam.

Dan lagi, bonus untuk para pembaca -- nipis. Ya, bukunya nipis. Selak punya selak dah sampai halaman terakhir. Phewitt...

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))