Aktviti Membaca!

Khamis, 22 Januari 2015

Seteguh Fayqa



Seteguh Fayqa
Hanina Abdullah

ISBN: 9789670567358
Penerbit: Penulisan2u
Tarikh Terbit: Julai 2014
Halaman: 776
Harga: RM29

~ Rasaku… ~

Rasanya macam aku lompat kijang. Buku kedua tak baca lagi tapi pilih yang ni dulu... mungkin sebab aku ada baca sikit snippet cerita ni di blog penulis.

Full review: 22/01/2015

Masih lagi dalam mood menyelesaikan review yang tertunggak hahaha.

Ternyata Hanina Abdullah adalah antara penulis baru yang aku suka dan tak akan fikir panjang tentang bukunya. Nampak saja, capai dan terus bayar di kaunter.

Dan, jujurnya aku lebih sukakan karyanya yang ketiga ini. Pergolakan rasa seorang Fayqa Lara Lyana [Fayqa] dapat dirasa walau ada ketikanya ‘kosong’ tapi ia masih tak mencacatkan rasa itu. Ditambah pula dengan kehadiran jeneral sengal yang bukan saja mengucar-kacirkan perasaan Fayqa, malah aku jua.

Bukan mudah untuk Fayqa menyusun atur hidupnya bila saja nyawanya hampir turut melayang akibat daripada pergeseran yang dilalui oleh Dzahim. Mahu atau tidak, dia kini perlu duduk sebumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain gara-gara peristiwa hitam itu.

Kalau ikutkan mudah saja ‘berkampung’ di rumah keluarga tuan haji yang meriah itu. Tapi, semuanya menjadi tidak mudah bila perlu berdepan dengan Dzariff; si abang Dzahim yang sentiasa berprasangka dengan Fayqa. Yalah, tiba-tiba seorang gadis yang entah dari mana masuk ke dalam keluarganya, memanglah dia tak memahaminya.

Tapi dalam pada itu, ada getar yang melanda. Fayqa dan kemisteriannya mengikat rasa. Namun sukar untuknya menebak perasaan Fayqa yang agak keras itu. Cuma nasib amat menyebelahinya. Si gadis idaman berjaya disunting menjadi isteri. Yay!

Maka bermulalah segala-galanya. Konflik datang sikit demi sedikit. Yang aku suka, seperti novel terdahulu watak heroin selalunya cekal dan keras hati. Begitu juga dengan adanya watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Adik-beradik si jeneral sengal yang boleh tahan havoc-nya. Funny!

Aku tutup buku dengan senyum yang meleret di bibir. Kudos Hanina!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))