Aktviti Membaca!

Selasa, 18 November 2014

Kau Yang Satu

Kau Yang Satu
Nia Azalea

ISBN: 9789831240779
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 13 - 2008
Halaman: 424
Harga: RM14

~ Rasaku… ~

Bertahun-tahun sudah pinjam novel ni sampai lebam membacanya. Sekarang ni pinjam lagi dan 'rasa' tu masih sama.

Goshhh! Suka la perasaan ni hahaha... Suka dengan Taufik & Salina, antara pasangan paling epik dalam memoriku. Phewitt..

Full review: 18/11/2014

Buku di tangan cetakan yang ke-13, hanya dalam masa setahun dah capai tahap tu. Gila kentang hohoho~~ Tapi itulah, dulu-dulu mana sangat ada cerita kahwin-aturan-keluarga begini, bukan macam sekarang tak terkira jari. Harga pula tu tak sampai 15 hengget..wiiii ce cer kalau sekarang?

Taufik dan Salina. Masing-masing sudah ada pilihan sendiri tapi dalam keterpaksaan, menerima apa saja yang diatur oleh keluarga. Mulanya menanam benci, namun lama-lama cinta jatuh di hati.

Tapi, seperti biasa episod bahagia bukannya senang. Berdikit-dikit, diuji dan ditimpa musibah. Namun, adat jua -- what doesn't kill you makes you stronger. Cinta keduanya tak rapuh, bersaksikan Tuhan, mereka bangkit menentang keadilan. Ewahh! Ayat aku muahahaha...

Cerita ini kalau ikutkan simple je, tapi aku rasa kekuatannya terletak pada gaya penceritaan yang konsisten, sesuatu yang penulis muda lain harus contohi kerana kebanyakan karya mereka agak bercelaru, bersimpang-siur dengan perkara yang tidak-tidak.

Apa pun, adaptasinya nanti mungkin akan aku jauhi. Entahlah, mungkin aku mahu mengekalkan dan memastikan ‘rasa’ yang mengikat aku pada karya ini tidak tercalar.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))