Aktviti Membaca!

Selasa, 18 November 2014

Mas Kahwinku RM22.50



Mas Kahwinku RM22.50
Zan Zarida

ISBN: 9789831249161
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2014
Halaman: 528
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

“Membaca tanpa perasaan” -- Agaknya ini yang berlaku padaku. Mungkin buku ini dibaca pada waktu yang salah. Maka terhasillah ‘tiada perasaan’ itu. Pheww...

Tiada masalah dengan isi cerita. Ikutkan ianya akan mengikat aku -- kisah ibu/kahwin express, tapi sayang ada sesuatu yang missing. Kekuatan cerita tak terletak pada sang hero atau heroin... sayangnya! Dan, ada masanya watak Danisha itu agak merimaskan aku. Sebaliknya, kisah sang anak-anak... si keletah itu yang ‘membawa’ aku ke titik penamatnya.

Danisha yang pada mulanya hanya mahu menyampaikan amanat kawannya terjerat bila dia disalah anggap sebagai bakal penjaga buat sang dua beradik. Saat terpandang si abang dan si adik, hatinya jatuh kasihan. Sayang datang tanpa dipaksa. Akhirnya dia memutuskan untuk menjadi ibu angkat pada dua beradik itu.

Kehidupan yang kosong selama ini menjadi ceria. Dugaan datang bila sang ayah tiba-tiba menuntut hak penjagaan. Sekiranya Danisha masih ingin bersama mereka, dia diletakkan syarat dengan harus berkahwin dengan ayah anak angkatnya. G-I-L-A!

Pada masa yang sama, orang tuanya mengabarkan akan dirinya yang dirisik orang. Itu meletakkan Danisha dalam dilema. Sayang pada sang anak angkat, atau ikutkan saja aturan keluarganya. Apa pilihan akhir Danisha?

Apa pun, part kahwin wakil tu buat aku selak balik buku munakahat hikhikhik.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))