Aktviti Membaca!

Isnin, 10 November 2014

...dan Cinta Pun Tersenyum



...dan Cinta Pun Tersenyum
Nora Ismail

ISBN: 9789675229213
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: Disember 2010
Halaman: 630
Harga: RM23.90

~ Rasaku… ~

3.5*

Full review: 10/11/2014

Ini antara penulis yang buat homework, menulis bukan sesedap hati tapi beliau tahu apa yang harus ditulisnya. Lebih-lebih lagi bila perlu menyelitkan bahasa tanah seberang. Tahniah!

Si Most Eligible Bachelor vs si cewek norak plus jutek hahaha.
Membaca gelagat 2 watak ini buat aku tak kering gusi. Ada saja yang tak kena, belum ditambah dengan salah faham tentang bahasa lagi. Hari-hari bertemu, pengakhirannya tetap sama. Gaduh dan gaduh. Gamat!

Si jejaka yang sudah terbiasa dengan kemewahan, memandang tiap-tiap yang di sekelilingnya bagai tidak berharga. Si gadis yang biasa-biasa, pantang pula diusik, mula berangin satu badan. Tapi manalah tau si jejaka rupanya bukannya tiada hati. Pertemuan dengan Hizar ada hikmahnya. Dan saat itu, barulah persepsi kedua-duanya berubah.

Dari benci jadi cinta. Baik Ervan atau Surihani tak dapat mengelak bila cinta jatuh di hati. Namun, bukan nama manusia kalau tidak diuji. Saat mengira waktu untuk disatukan, Ervan dan Surihani ditimpa bencana. Akibatnya sangat perit. Ervan bukan lagi si cowok ganteng, kehilangan sebelah tangannya melumpuhkan kesemuanya. Perginya Ervan tanpa pesan. Surihani terkapai-kapai mencari jawapan.

Jadi apa kesudahan lovebird ini? Sila baca untuk mengetahuinya :D

Ceritanya aku suka. Cuma di akhir-akhir tu, agak melelahkan juga. Tak suka dengan ‘rajuk’ Ervan tu. Puas sudah dipujuk, dirayu oleh Surihani tapi… alahai! Rasa mahu cepuk-cepuk je si Ervan tu. Dan, rasanya Surihani antara heroin yang boleh dipuji. Tak mudah mengalah dan gigih dalam ‘menyedarkan’ kembali sang teruna idaman.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))