Aktviti Membaca!

Isnin, 10 November 2014

Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi



Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi
Manaf Hamzah

ISBN: 9789839068153
Penerbit: Pustaka Islamiyah
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 721
Harga: RM50

~ Rasaku… ~

Waa... tak sangka jumpa buku ni dalam bentuk e-book. Tahniah Che Rina kerana sanggup bertahan dengan skrin komputer hahaha :D

Full review: 6/11/2014

Membaca karya daripada lelaki seringkali mengujakan aku. Tidak terkecuali Pak Manaf Hamzah. Tapi ya, buku ini berstatus ‘dewasa’, ingatan di muka depan tidak boleh dipandang ringan. Moga kalian faham maksudku ini.

Baiklah. Kisahnya bermula apabila Tiara mengambil upah mengintip sang teruna; Rozman namanya. Disangkakan, kerjanya mudah saja tapi manakan dia tahu yang tembelangnya pecah. Mudah saja dia ditangkap oleh Rozman. Teknik penyamaran tak menjadi. Haila... Tiara takde bakat jadi spy hahaha

Rozman walau pada mulanya menyampah dengan Tiara ni tapi tak dapat dinafikan si Tiara ada aura yang buat dia terpersona. Dalam pada itu, manalah tahu kehadiran Tiara yang mengintipnya tak berakhir di situ. Ada sesautu yang saling berkait antara mereka, dan untuk mengetahui rahsianya mereka berdua harus bersatu menyelesaikan misteri yang ada.

Wah! Misteri, cam thriller pula kan? Tapi itulah, bahaya dan musuh bagai menari-nari di sekeliling mereka berdua. Percaya atau tidak, makin menghampiri garis penamat makin mereka dilanda musibah.

Keseluruhannya, ianya menghiburkan. Ini bagai edisi pengenalan buat aku untuk mengenali penulis kelahiran Singapura ini. Belum cukup puas hati, aku merasakan ada karyanya yang lebih baik daripada ini. Apa pun, masa untuk ‘menggali’ lebih lagi buku-buku Pak Manaf Hamzah ini.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

What say you?
Do comment... but please state your name :))