Aktviti Membaca!

Khamis, 19 Jun 2014

Secantik Anugerah



Secantik Anugerah
Sarnia Yahya

ISBN: 9789834347376
Penerbit: NB Kara
Tarikh Terbit: 2008
Halaman: 502
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Done! Kononnya nak baca sikit-sikit, sekali habis. Rasanya lepas ni kalau tunggu si enche, leh standby novel. Novel tebal pun takpe agaknya hahaha.

Yup, ni bukan review *wink*

Full review: 18/06/2014

Berbual dengan sahabat, katanya buku ini adalah tulisan pertama penulis. Waaa... mujur dapat beli walaupun buku di tangan bukan cover sebenar, hinggakan si enche menegur akan kehijauan sampul bukunya hahaha.

Si isteri yang terlalu setia, meletakkan sepenuh jiwa dan raga pada suaminya hinggakan di satu saat, dia dibuang ke tepi. Alahai! Sadis benar ujian yang menimpa Aisya. Diceraikan ketika baru keguguran, dan suami; Azri bertindak mengahwini wanita lain. Walaupun secara mudahnya jodoh yang mengikat mereka sudah berakhir tapi jujurnya, aku masih tidak dapat terima Azri bertindak sedemikian tanpa berbincang dan berterus-terang dengan isteri sendiri. *sigh*

Aisya. Sukar untuknya bangkit. Walaupun dah bertahun, sisa cintanya masih ada. Hinggakan dia membina tembok tinggi-tinggi dalam hati, menghalang sesiapa saja yang mahu mengintainya. Tapi, Encik Firdaus nampaknya bersungguh benar. Dia sendiri pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya yang lalu, maka kehadiran Aisya bagaikan anugerah buatnya.

Sekali Aisya memasang tekad, dia tidak berundur. Lamaran Firdaus diterima walaupun pada mulanya dia sendiri tidak yakin. Tapi masa memang mengubat segalanya. Dalam tak sedar, dia jatuh cinta pada gaya Firdaus yang pandai mengambil hatinya. Pada Firdaus disandarkan kepercayaan agar tidak meninggalkannya lagi. Rasa insecure Aisya sepanjang di sisi Firdaus agak melelahkan aku. Mungkin kerana aku diajar agak menyimpan sedikit rasa kebergantungan itu. Sebab di saat kita jatuh, dengan rasa yang sedikit itulah pemangkin untuk bangkit semula.

Sedikit konflik di hujung cerita buat penambah rencah. Apatah lagi dengan terbukanya rahsia yang melibatkan keruntuhan rumah tangga Azri-Aisya, yang bersangkut-paut dengan keluarga Firdaus. Jeng jeng jeng...apakah? Sila dapatkan naskhah anda!

Kesimpulannya, garapan pertama yang tak menghampakan. Agak dramatik dan kalau ianya lebih tebal, aku akan kata ia seakan-akan telenovela. Tapi, aku tetap enjoy menikmati ‘hidangan’ ini. Disampaikan dengan cukup santai walaupun penuh dengan momen sedih. Dan, buat para peminat Kak Sarnia, harus beli untuk melengkapkan koleksi anda ya!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))