Aktviti Membaca!

Jumaat, 27 Jun 2014

Saka



Saka
Abdul Rahim Awang

ISBN: 9789838930604
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2001
Halaman: 389
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

3.5*

ARA memang tak pernah menghampakan aku. Cuma kali ini, kisah PKM dan MPAJA buat kepalaku berselirat. Biasalah, si lemau Sejarah *haihhh*

Full review: 26/06/2014

Ini memang bukan novel berpaksikan cinta, tapi kalau sesekali mahu lari daripada lambakan novel cinta, bolehlah cuba.

Seperti kata teman-teman GR, aku sendiri tertipu dengan tajuknya. Ingatkan ada kaitan, rupanya jauh tersasar. Tapi aku tersedar sendiri. Selama ini aku disogokkan dengan saka adalah istilah yang digunakan untuk makhluk halus (jin dan syaitan) yang diwarisi dari keturunan. Sedangkan, Kamus Dewan mentakrifkan saka sebagai leluhur (keturunan) daripada sebelah emak; manakala saka baka pula ialah leluhur daripada kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa. Ha, jadinya aku simpulkan tajuknya sudah menerangkan isi ceritanya. Cukup simbolik. Cayalah!

Halaman pertama sudah buat rasa ingin tahuku naik. Siapa??? Kemudian, barulah penulis menjelmakan watak Dino yang kehilangan datuknya; Pak Samad. Datuk Dino yang ditempatkan di rumah penjagaan orang tua dikatakan telah melarikan diri. Mengikut logik akal, tak mungkin datuknya yang sudah berusia hampir 89 tahun itu bisa berbuat sedemikian. Apatah lagi dengan keupayaan kesihatan datuknya, yang disahkan sudah nyanyuk.

Tapi, itulah yang terjadi. Dino buntu mahu mencari ke mana pergi satu-satunya keluarga yang dia ada. Info terbaru daripada pihak polis yang mengatakan datuknya kemalangan di Pulau Pinang lebih mengejutkannya. Apa urusan datuk sampai ke sana?

Penemuan diari datuk sepertinya mahu memberitahu Dino sesuatu. Kematian datuk secara tiba-tiba di hospital menguatkan lagi tekaannya. Walaupun sedar kebarangkalian Pak Samad untuk hidup adalah tipis, Dino merasakan ada sesuatu yang tak beres tentang keluarganya. Dan, semua ini ada kaitan dengan Dato’ Nasir, doktor berpengaruh di Pulau Pinang. Dino tahu dia perlu melakukan sesuatu. Tapi, benarkah Ng Kheng Chew dan Dato’ Nasir orang yang sama seperti mana sangkaan datuknya?

Memasukkan elemen Sejarah harus dipuji. Disampaikan dengan secara tidak langsung, iaitu dalam diari untuk Dino. Seperti Dino, aku juga sama gigih mencari maklumat tentang MPAJA dan PKM hahaha.

Konfliknya sudah penuh berselirat - komunis, pengkhianatan, pencarian dan pembunuhan. Tapi ending? Kecewa juga bila titik akhirnya begitu saja. Kalau ianya diperkemaskan lagi, aku akan lebih suka.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. semangat novel ni terserap dalam review akak...haha

    BalasPadam
  2. donworibehepi,
    Hahaha...kuseru semangat ni dik S :P

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))