Aktviti Membaca!

Isnin, 16 Jun 2014

Gaduh-gaduh Sayang

Gaduh-gaduh Sayang
Immaz Huda

ISBN: 9789831248140
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 608
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

'Membelonkan pipi'

Pheww.. belon tu kalau dicucuk kempis dibuatnya! Kalau pipi? hahaha..

Full review: 16/06/2014

Bagaimana ya menjadi anak yang tidak digemari? Si gemuk yang dipandang serba tak kena bukan saja mereka yang di sekeliling, tapi keluarga sendiri bagai merendah-rendahkan dirinya.

Lady Lee Syazana [Syazana]. Menjadi si puteri sulung tak seindah mana walaupun keluarganya kaya harta-benda, Syazana miskin kasih sayang. Kedua-dua ibu bapanya gemar membeza-bezakan dia dan adiknya. Sadis! Rupanya tak secantik namanya. Alahai! Mak ayah si Syazana ni patut aku cepuk hahaha.

Tapi Syazana tetap happy. Dia ada Aiman, jejaka yang disangka akan melengkapkan dirinya. Namun, apakan daya. Hati manusia mudah berubah. Si Aiman berubah bila dirinya kurus dan Syazana ditolak jauh-jauh dalam hidupnya. Mudahnya! Hati makin parah saat papanya mahu menjodohkan dirinya dengan Rafiqi Rayyan [Rafiqi].

Puas ditolak tapi takdir masih menemukan mereka berdua. Aku suka scene yang masing-masing buat teknik penyamaran tu. Agak menghiburkan. Baik Rafiqi mahupun Syazana ada misi tersendiri. Suami-isteri atas tiket faedah bersama. Tapi sejauh mana hubungan mereka akan bertahan bila masing-masing sudah ada rasa cemburu di hati? Apatah lagi dengan kemunculan semula Aiman dan Qistina? Ha, sila-sila baca dengan kadar segera!

Kalau ikutkan aku suka dengan karakter sang watak perempuan. Keberanian meletakkan heroin berbadan gempal [walau lepas tu dia ramping cam ratu kebaya] wajar dipuji. Cuma, pada hematku, cerita ni agak meleret dengan plot yang tidak-tidak. Konflik suami-isteri yang agak melelahkan, hingga aku lebih suka selak tanpa baca. Pheww... dan satu lagi, masih terbayang-bayangkan frasa 'membelonkan pipi.'

Ps: Review pertama. Ehem! Kenapa aku rasa cam pelik je? Hilang kosa kata? hahaha

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))