Aktviti Membaca!

Jumaat, 27 Jun 2014

Tirai Dosa Kelmarin



Tirai Dosa Kelmarin
Arsha Wee

ISBN: 9789670657035
Penerbit: Love Novel Publication
Tarikh Terbit: Disember 2013
Halaman: 874
Harga: RM33

~ Rasaku… ~

Nama Zarif Aimin tu cam best je hoho.

Full review: 26/06/2014

Reda, pasrah & memaafkan... agaknya yang mana lebih sukar untuk dibuat?
Senyum.
Tanya hati anda!

Ok, bagaimana ya nak mula? Rebah-bangun-tidur-tergolek semua ada dalam misi nak tamatkan perjuangan hahaha. Ya, ketebalan memainkan peranan yang penting sebab aku ada masalah dalam nak memegang buku. Maklumlah, aku ni membaca ala-ala Cleopatra gitu *wink*

Nur Imanina [Iman].
Iman Faliq [Faliq].
Zarif Aimin [Zarif].

Ada cerita yang berkait antara ketiga-tiganya. Iman yang berusaha keras untuk bangkit setelah melalui episod hitam yang melukakan. Faliq yang dihimpit dosa kelmarin. Dan, Zarif bagaikan jambatan yang mempertemukan mereka berdua kembali.

Aku suka pergolakan jiwa Iman yang dibuka sikit demi sedikit. Bukan mudah untuk melalui takdir yang tercipta untuknya, tapi dia ampuh berdiri dengan rasa dendam dan benci yang sarat dalam hati. Apatah lagi bila berdepan dengan Faliq; lelaki yang menganiayainya satu masa dulu. Terbang semua perasaan indah yang pernah singgah. Saat ini dia hanya mahu lari jauh-jauh dari Faliq.

Faliq sendiri tak menyangka. Mama Iman si Zarif itulah insan yang dicari-cari selama ini. Bagaimana mahu menebus semua dosanya? Sedangkan Iman tak mahu langsung memberinya peluang. Dan, Faliq, atas rasa apa yang tinggal untuk Iman? Kasih atau kasihan? Dan atas dasar apa, lamarannya dibuat? Kerana cinta atau hanya ingin memperbetulkan kesalahan silam? Jeng jeng jeng... sila dapatkan naskhah anda!

Aku suka ceritanya walaupun ianya masih berpaksikan kisah kahwin-paksa-rela. Tapi ya, adegan tarik tali agak melelahkan. Penat nak tunggu Iman mengaku tentang rasa cinta yang ada buat suami. Haihhh... Menggunakan nama panggilan yang sama untuk kedua-dua watak utama nampak unik, tapi ada masa aku lost. Sering terjadi bila aku berhenti seketika, dan sambung baca. Tapi, aku je la kot yang selalu blur dan lost tu hahaha.

Alunan bahasanya juga memadai, cukup membantu para pembaca larut.  Tidak terlalu berbunga-bunga tapi masih terasa kesannya. Part berbalas pantun dua kerat tu aku suka, cute! Cuma, ceritanya agak mendatar pada mulanya. Mungkin kerana bab awal didominasi oleh karakter Zarif hingga menenggelamkan watak Faliq.

Dalam cetakan seterusnya, mungkin boleh diperbaiki perenggan antara plot. Sedang kusyuk membaca, tiba-tiba ‘dialih’ pada scene lain. Eh? Eh? Ulang baca balik, rupa-rupanya sudah masuk plot baru.

Dan, kalau pengulangan frasa/dialog yang sama berulang-kali dapat dikurangkan, naskhah ini berhak dapat lebih bintang daripadaku. Selamat terus berkarya!

Ps: Ada cerpen istimewa edisi SWC katanya! *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Salam, saya ada emel airina berkaitan review novel. Nanti cek dan reply ye. TQ

    BalasPadam
  2. Salam Radz Izara,
    Saya sudah reply emel puan ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))