Aktviti Membaca!

Rabu, 7 Mei 2014

Valentina Nervosa



Valentina Nervosa
Nurul Syahida

ISBN: 9789670184371
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Buku Prima
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 517
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

3.5*
Tolak 0.5 sebab aku kureng sikit kalau kisah si gadis punya 'hati kecil' bila putus cinta *wink*

Full review: 06/05/2014

Bagaimana ya kalau cinta yang diharap kecundang di tengah jalan? Merana atau korang akan move on?

Mariyyah. Mayang yang lemah, menyulam cinta tujuh tahun, mengharapkan cerah hingga ke akhirnya. Tapi, apakan daya takdir menolak Din jauh daripada angannya. Sudahnya? Valentine yang diangankan menjadi bayangan hitam yang mengekor Mayang tiga tahun lamanya. Dia fobia dengan hari kekasih itu. Dan, paling mengecewakan [aku la tu yang kecewa :P], Mayang hilang semangatnya. Aduh! Keep moving on Mariyyah! Keep going!

Maya. Ok, jangan keliru. Aku lebih suka karakter Maya daripada Mayang walaupun mereka masih Mariyyah. Tapi sayangnya Mayang memonopoli cerita ni. Tu yang aku lemau *wink*. Bukan apa, aku suka Maya yang ceria, yang bersemangat daripada Mayang;si patah hati yang stalker FB Din. Haihh...

Apa pun aku suka dengan watak-watak di sekeliling Mariyyah. Semuanya ada cerita masing-masing. Tapi yang paling penting, isi cerita mereka tidak menganggu fokus utama iaitu – Mariyyah dan fobianya dengan Valentine. Plot digerakkan dengan lancar, sangat membantu pembacanya.

Ending cerita ni lagi tak kusangka. Walaupun aku selalu aci tipu baca ending dulu, tapi novel ni masih bagi aku elemen surprise tu. Menjadi! Terima kasih kerana ianya tak jadi penamat yang klise.

Aku suka gaya penulis ni. Beliau ada stail tersendiri yang mana kalau aku baca, aku tahu inilah Nurul Syahida [NS]. Dan, aku suka anologi yang diberi. Sarkastik? Hahaha. Tapi dalam dunia sekarang, kena ada ciri-ciri begini supaya diri sendiri sedar daripada lena.

Dan ya, kenapa aku tak letak rating tinggi? Aku dah bilang awal-awal lagi. Mungkin aku skeptikal dengan Valentine dan sewaktu dengannya hahaha. Takpe, ni my personal preference. Korang boleh baca sendiri dan berikan ‘rasa’ anda sendiri.

Ps: Nampaknya NS sudah masuk dalam list favourite writer aku dan sekarang aku ada misi nak kumpul ke semua novelnya. Go go Rina!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))