Aktviti Membaca!

Jumaat, 9 Mei 2014

Encik Abangku Romantik



Encik Abangku Romantik
Elee Mardiana

ISBN: 9789831248102
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 576
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Widelia. Tak pasti nak suka karakter ini atau tidak. Tapi ya, ini antara karakter heroin yang akan aku ingati. Dia gila. Dia selamba. Dia memang buat perkara ikut sukanya. Tapi, dalam urusan hal kahwinnya dia terperangkap. Mama memang sangat pandai mengambil kesempatan dalam kesulitan. Sudahnya, dalam nak-tak-nak, dia ditunangkan dengan Haikal; mamat sombong yang dimarahnya dulu.

Tapi dalam tak suka tu, Haikal bukan main mengejar. Dia sukakan gadis yang banyak idea tu. Dan mungkin nasib menyebelahinya, episod ‘kecederaan’ di samping Widelia membuatkan mereka berdua dijodohkan. Wah! Apakah kecederaan itu? Ha, sila-sila baca sendiri.

Watak-watak di sekeliling pelaku utama; Widelia memang menyokong cerita ni. Terutamanya watak si Insyirah tu. Ya, ampun! Ingat ya penyakit hati ni bahaya. Lagi satu, sentiasa bersyukur dengan apa yang dipinjamkan kepada kita. Kenapa aku katakan pinjam? Sebab semua yang kita anggap hak kita, semuanya milik Dia Yang Satu. See? Jangan nak berlangak sangat! Eh! Aku pula yang over hahaha :P

Cerita ni sebenarnya boleh tahan banyak juga konfliknya. Satu per satu yang Widelia kena tempuhi, tapi mungkin kerana karakternya yang main hadap je, jadi nampak cerita ni ringan.

Dan, aku suka gaya santai penulis. Menampakkan cerita ni mudah dihadam walaupun di tengah-tengahnya nanti ada sisi hitam yang dikongsikan. Ini novel ketiga yang dibaca ada dimasukkan hal-hal syirik sebegini. Kredit buat penulis kerana entah bagaimana aku boleh suka dengan sisi hitam tu. Haihh... meremang juga bulu roma *wink*

Cuma pada pendapatku, adegan hujungnya bagaikan tergesa-gesa untuk ditamatkan. Adegan paksu-Insyirah, bergaduh dan tembak-menembak. Terasa macam ribut sikit. Tapi ending yang tetiba nak namakan anak dengan nama bibik tu memang takleh bla... hahaha.

Ps: Ehem.. romantik tu diukur dari segi apa? hikhikhik. Tetiba teringat pada si enche *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))