Aktviti Membaca!

Jumaat, 9 Mei 2014

Berikan Cintamu



Berikan Cintamu
Rose Harissa

ISBN: 9831242653
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama - Oktober 2006
Halaman: 512
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Pernah terbaca dalam FB Kak Rose, yang beliau memang suka melebih-lebihkan heronya. Dan, tu memang aku setuju sangat sebab dalam novel ni aku memang tahan je hati nak jerit kat telinga Eza tu hahaha

Full review: 08/05/2014

Antara novel terawal penulis yang berjaya juga aku dapatkan. Tapi setakat pinjam je la kan, uhuk..uhuk. Takpe mana tau ada rezeki mendatang ;))

Satu disadvantage bila dah terbiasa dengan karya penulis sebelum ini, aku merasakan cerita ini terlalu mudah. Dan, aku juga boleh meneka kesudahannya. Alahai! Hilang rasa teruja. Tapi, aku masih enjoy menghadamnya. Mungkin kerana adanya Azalan *gedik* hahaha

Azalan seperti mana hero-hero novel terdahulu. Hot tapi selalu dapat heroin hampeh. Kenal pula dengan Eza yang dah ada boyfriend; Rizal yang tak memahami perasaannya. Punyalah si Eza ni setia, tapi Rizal seperti endah tak endah je. Daripada cinta jarak jauh hinggalah dah duduk dekat-dekat, Rizal begitu juga. Mana Eza tak terseksa.

Mujur dia ada teman mengadu, si Azalan yang ditemui di Pantai Lido. Saling berkongsi rasa sedih kerana kekasih masing-masing tak memahami. Tapi, punyalah kental si Eza ni takde langsung nak tergolek-golek dengan gaya Azalan yang gentleman tu.

Namun, sampai bila Eza nak memendam rasa? Rizal mudah goyah, tanpa usul periksa meletakkan hukum. Si kecil molek Eza ni pula setia-tak-bertempat hahaha. Aduh! Macam aku kata dulu aku memang tahan hati je dengan perangai Eza. Kalau terbit rasa cemburu, tak kan lah tak sedar yang Azalan tu sebenarnya belahan jiwa?

Oh, ya! Dalam novel ni ada si Syella yang boleh tahan jahatnya. Dah sama level dengan si Ain dalam Lazuardi. Tapi si Eza memang sangat pemaaf orangnya, atau aku harus kata dia sangat naif [?] *wink*

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. ape mksud *wink*tk fhm la?????

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Maaf kerana mengelirukan.
    *wink* tu lebih kepada perbuatan mengerdip/mengenyit/mengelip-ngelipkan mata. Saya ambil daripada perkataan 'winking'.

    BalasPadam
  3. ZieAzis,
    Owh! Saya tak jual novel ni. Maaf!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))