Aktviti Membaca!

Rabu, 7 Mei 2014

Dia Tak Tanya



Dia Tak Tanya
Aleya Aneesa

ISBN: 9789831248331
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Disember 2012
Halaman: 672
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Mungkin buku ini hadir tidak tepat pada masanya, atau mungkin mood aku ke laut. Jadi rasanya juga tercampak ke hujung dunia.

Tapi, aku masih meminati AA. Dari dulu hingga kini ;))

Full review: 06/05/2014

Kisah dua sahabat, yang membesar bersama dan kemudiannya membuat kerja ‘gila’ bersama. Ini kisah Najid dan Najihah. Bagaikan belangkas, di mana Najid ada si Najihah pasti ada.

Saat Najihah terpandang akan bahagianya bergelar isteri, dia menyimpan tekad. Dia juga harus cuba menjadi isteri orang. Alahai, Najihah! Perkahwinan bukannya pentas trial and error. Malangnya, tiada siapa yang bisa mengubah pendirian Najihah. Malah Najid juga terheret sama. Mereka berdua sepakat untuk cuba menjadi pasangan suami isteri.

Medan perkahwinan tak sama dengan terma persahabatan. Dan kerana perbezaan itulah yang menjarakkan mereka berdua. Mereka bukan lagi kawan baik yang berkongsi segala cerita. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, tapi tiada siapa yang mahu mendengar. Salah siapakah? Najid atau Najihah?

Salah faham yang menghimpit, dengan sikap angin-tak-kena-tempat si Najid buat Najihah makin hati. Dari dia yang keras kepala, Najihah makin jadi lemah. Dalam diam, hati sudah mengaku rasa cinta namun kealpaan Najid buat cerita rumah tangga mereka makin bercelaru. Apa sudahnya kisah kawan-kahwin mereka berdua? Sila-sila dapatkan di pasaran.

Tiada masalah banyak untuk hadam buku ni sebenarnya. AA sudah di kelasnya tersendiri dan aku sangat sukakan cara AA ‘melukis’ karyanya. Cuma, kali ni ia tak melekat di jiwaku. Mungkin kerana aku lelah melayan karenah Najihah yang selalu nak menang atau kecewa dengan sikap Najid yang seakan-akan lepas tangan selepas berkahwin. Haihhh, hilang rasa teruja. Maaf!   

Tapi buat para peminat setia pastikan ini ada dalam simpanan anda.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))