Aktviti Membaca!

Isnin, 28 April 2014

Bercakap Dengan Jun



Bercakap Dengan Jun
Hasrul Rizwan

ISBN: 9789671209462
Penerbit: Dubook Ceritera
Tarikh Terbit: Disember 2013
Halaman: 184
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Kalau Murtad aku boleh beri markah penuh, apatah lagi ini. Aku pejam mata dengan kesalahan ejaan dan nama yang tertukar. Hanya kerana;

Jun.
Anum.
Saigon.

Kasih sayang. Apa harganya?

Full review: 25/04/2014


Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta. - blurb novel


Membaca Bercakap dengan Jun [BDJ] dengan semangat yang cukup tinggi. Semuanya kerana review teman-teman yang cukup menggoda. Berbintang-bintang kesemuanya, dan aku harus akui BDJ akan jadi antara buku kegemaranku selepas ini.

Berbicara tentang hidup, berbicara tentang masa depan. Tapi akhirnya kita kalah dengan kasih sayang. Siapa kita ya menidakkan kasih sayang yang hadir dalam sisi seorang ayah dan anak, atau si anjing dengan tuannya?

Jun. Dia pencopet, yang mungkin tiada masa depan. Dia bukan siapa-siapa, tapi ya benar katanya walau seburuk-buruknya, dia tidak tergamak lagi untuk membunuh nyawa seorang bayi yang tidak tahu apa-apa. Dia, Junaidi bin Banin. Babah kepada si keletah Anum. Oh, myy! Tetiba teringat scene akhir *mata merah*

Ranum. Anum si comel berpipi merah. Ibumu memang tak berlaku adil, tapi ajaibnya Tuhan mengurniakan si pencopet itu sebagai babahmu.

Saigon -- tiada apa yang harusku tulis. Cukuplah kehadiran Saigon membenarkan kata-kata, “Dog is man’s best friend.”

Kalau mahu lihat sisi lain dalam kasih sayang, boleh cuba BDJ ini. Disampaikan dengan cukup bersahaja, tapi penuh dengan sindiran tajam si tukang penanya. Cuma ya, masalah typo itu memang agak menjengkelkan tapi seperti yang aku bilang awal-awal di atas. Aku pejam mata.

Dan untuk penamatnya, hatiku galau. Berjaya membingkiskan rasa mahu peluk abah ketat-ketat dan bisikkan, “Abah, you’re my hero!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))