Aktviti Membaca!

Isnin, 26 Mei 2014

1, 2, 3... Bintang di Langit



1, 2, 3... Bintang di Langit
Bidayatul H.

ISBN: 9789670508573
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2014
Halaman: 514
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Oh, Teja! Hatimu libang-libu hanya kerana si abang Tuah. Tapi tau tak, che Rina pun suka tau tengok bintang ;))  Eh! Eh! hahaha

Full review: 26/05/2014


"Ji'a...hidup ni singkat. Membenci orang akan buatkan kita letih. Jiwa kita jadi tak sihat. Dan natijahnya, perasaan kita takkan pernah tenteram." - Kak Manis [pg 336]


Kalau nasihat ni ada di awal-awal, pasti si Teja kita ni lembut hati sikit ;))

Cerita yang mudah hadam dan biasa-biasa saja. Betul, tiada konflik jiwa yang menyerabutkan kepala. Tiada kisah golongan hartawan yang menjodohkan anak-anak untuk kelangsungan kekayaan masing-masing. Ini cuma kisah;

Ji’a.
Paan.

Isunya pun biasa-biasa saja -- si kawan yang berperang dengan rasa terlebih suka dan bila rahsia hati terbongkar, maka hubungan itu berantakan. Klise. Benar, tapi aku suka penyampaiannya. Alunan bahasa yang santai dan ada campuran dialek Kedah. Mungkin juga dibantu dengan setting di kampung. Markah tambahan untuk nilai sentimental yang dibawa oleh penulis. Dulu-dulu aku pun sangat hero dalam berlumba gerek hahaha

Aku juga suka dengan nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan. Komunikasi itu penting. Jangan sampai hal kecil jadi isu besar bila kita saling bercakaran tanpa henti. Lebih parah, kalau hubungan manis antara dua sahabat itu terputus. Hilang kawan, ada masanya boleh hilang nyawa. Tak gitu, Tun Teja? *wink*

Enche Paan. Mujur ada tukang sorak di sekelilingnya. Kesemuanya dalam diam membantu abang Tuah mendekati Tejanya kembali. Aku paling suka watak Kak Long yang senyum senget dan Noin yang bubbly, tak lupa Makcik Lijah. Watak tambahan yang paling legend sekali hikhikhik. Tapi kan Paan, che Rina ni setakat ok-ok la dengan awak. Disebabkan Teja dah maafkan dan sayang sangat dengan awak, che Rina pun macam boleh maafkan awak! [Tetiba! Campur tangan si tukang komen hahaha ;P].

Cuma, aku tertanya-tanya perihal:-
1.  Kak Manis dan Emran.
2. ‘Kedatangan’ mengejut Hardi dan Dahlia.
Alaaa... aku ada terlepas sesuatu kah?

Apa pun aku masih menyukai rentak berlenggang-kangkung-pulang-dari-bendang ini. Ditambah dengan rangkaian lagu-lagu M. Nasir yang mendominasi halwa telinga. Waduh! Manis sekali.

Buat penulis, tahniah! Moga awak terus sukses ya. Kebetulan, saya memang tak pernah berhenti melihat langit. Dan, permintaan kecil si marhaen ini, moga dilanjutkan kisah abam Aus tu. Eh! Eh! ;P

Ps: Ini review terakhir che Rina sebelum bercuti panjang. Selamat membaca dan membakor hikhikhik. Jaga diri! Till we meet again. HasbunAllah wa ni'mal wakil.

Happy reading (^-<)

Isnin, 19 Mei 2014

Zombijaya


Zombijaya
Adib Zaini

ISBN: 9789671038475
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: October 2011
Halaman: 307
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Busy = no Fixi
Tu kena letak dalam otak hahaha. Tapi tuan penulis, aku lebih suka Ilusaniti *wink*

Full review: 16/05/2014

Gigitan anjing pada malam tahun baru punca si zombie [?]. Hmm... kalau benar ini puncanya Malaysia diserang zombi, aku takleh terima. Hahaha. Mungkin aku bukan peminat cerita bertemakan zombi. Dari dulu, filem zombi pun bo-layan. Jadi, sukar agaknya untuk aku terima cerita ni.

Tapi ada yang aku suka. Beberapa isu yang ditulis sekilas lalu. Kritikannya cukup sinis. Aku yang baca rasa macam nak buat high-5 dengan penulis *wink*

Aku suka ceritanya yang bergerak pantas tak makan dek tahun. Daripada permulaan hingga ke tengah, dicampur dengan konfliknya bagai, tetiba dah tamat! Perghh... formula Fixi memang begini agaknya. Padat dan laju.

Tolak semua penggunaan bahasa kasar [buku ni tak kena banned ya?] dan adegan terbukanya, cerita ni sebenarnya disampaikan dengan cukup bersahaja. Santai walaupun kesemua watak sudah berlari laju untuk menyelamatkan diri daripada zombi. Dan, aku memang suka watak Nipis tu. Hero yang bukan hero hahaha. Baca sendiri ya kawan-kawan!

Oh, ya! Sebut tentang watak, novel ni memang banyak benar wataknya. Tapi yang terselamat tak ramai.

Cuma ending tu, haihhh..geram! Walaupun selalu dihidangkan dengan penamat yang disimpulkan sendiri, tapi kali ni aku was-was mahu beri titik tamatnya. Diharapkan sesiapa boleh kongsi cerita penamat anda *wink*

Survival. Ini baru zombi. Bayangkan bila dajal menjelma. Bekalan apa yang kita ada ya?

Happy reading (^-<)

Bukan Isteri Sempurna



Bukan Isteri Sempurna
Tulip Ungu

ISBN: 9789670448411
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 584
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Tak tahu kenapa lagu Cinta Sempurna dari Yuna jadi background music semasa aku habiskan pembacaan.

Full review: 16/05/2014

Premis cerita yang mudah memang akan membantu. Betul, tak kan rasa pegang buku tebal tapi isinya kosong. Dalam buku ni misalnya, ada isu yang cuba dikongsikan. Mangsa rogol tak semestinya perlu berkahwin dengan insan yang menodainya. Aku pernah baca hal ni dulu, tapi aku dah tak ingat di mana. Kalau tak, boleh juga kongsikan di sini.

Tapi, sebagai manusia biasa. Sejauh mana ya kita mampu terima itu semua? Jawapannya hanya ada dalam diri sendiri. Menghukum itu mudah, mengerti dan menyokong itu tidak. Lumrah.

Nina. Dia si isteri atas kertas. Bertemu semula dengan Daniel Arman [El] menggugat ketenangannya. Difikirkan dirinya sudah ‘bebas’, tapi tak tahu pula El tak pernah melafazkan cerai padanya. Bukan mudah nak bertentang mata dengan suami sendiri, apatah lagi dengan keadaannya yang tak sempurna.

Menjadi PA pada suami sendiri lebih menyeksakan jiwanya. Berdepan El selepas lima tahun buat hatinya terusik. El mesra lain macam. Eh! hahaha. Tapi itulah dia; Daniel Arman yang sebenarnya tak pernah membuang Nina. Cuma dulu, dia tidak diberi pilihan untuk menentukan hidupnya. Bila Nina di depan mata dia cuba meraih Ninanya kembali.

Rasanya ramai yang suka dengan El ni nanti. Yalah, sang suami yang cuba menggoda isterinya. Sanggup buat apa saja untuk melindungi si isteri. Kalau dulu jenis pak turut je, sekarang ni dia dah tahu apa yang patut dia lakukan. Taat itu bagus, tapi janganlah membabi-buta. Ya tak?

Tak kurang juga ada yang akan menyampah dengan Danish Arham [Dan]; si kembar El yang menodai si Nina. Dan yang agresif si kesayangan Datuk Zainuddin. Haihh... aku sama berbulu mata baca scene Datuk Zainuddin ni hahaha.

Cuma adegan di akhir-akhir konflik sedikit meleret. Tak suka kes si Azzura tu. Alaa... nampak sangat klise. Apa pun, ending ok. Aku suka. Memaafkan tu sememangnya dendam yang terindah. Tak percaya? Boleh cuba dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu ;))

Kalau pengulangan frasa hampir di setiap bab dapat dikurangkan, nescaya naskhah ini berhak dapat lebih bintang daripadaku. Selamat terus berkarya!

Happy reading (^-<)

Jumaat, 9 Mei 2014

Berikan Cintamu



Berikan Cintamu
Rose Harissa

ISBN: 9831242653
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama - Oktober 2006
Halaman: 512
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Pernah terbaca dalam FB Kak Rose, yang beliau memang suka melebih-lebihkan heronya. Dan, tu memang aku setuju sangat sebab dalam novel ni aku memang tahan je hati nak jerit kat telinga Eza tu hahaha

Full review: 08/05/2014

Antara novel terawal penulis yang berjaya juga aku dapatkan. Tapi setakat pinjam je la kan, uhuk..uhuk. Takpe mana tau ada rezeki mendatang ;))

Satu disadvantage bila dah terbiasa dengan karya penulis sebelum ini, aku merasakan cerita ini terlalu mudah. Dan, aku juga boleh meneka kesudahannya. Alahai! Hilang rasa teruja. Tapi, aku masih enjoy menghadamnya. Mungkin kerana adanya Azalan *gedik* hahaha

Azalan seperti mana hero-hero novel terdahulu. Hot tapi selalu dapat heroin hampeh. Kenal pula dengan Eza yang dah ada boyfriend; Rizal yang tak memahami perasaannya. Punyalah si Eza ni setia, tapi Rizal seperti endah tak endah je. Daripada cinta jarak jauh hinggalah dah duduk dekat-dekat, Rizal begitu juga. Mana Eza tak terseksa.

Mujur dia ada teman mengadu, si Azalan yang ditemui di Pantai Lido. Saling berkongsi rasa sedih kerana kekasih masing-masing tak memahami. Tapi, punyalah kental si Eza ni takde langsung nak tergolek-golek dengan gaya Azalan yang gentleman tu.

Namun, sampai bila Eza nak memendam rasa? Rizal mudah goyah, tanpa usul periksa meletakkan hukum. Si kecil molek Eza ni pula setia-tak-bertempat hahaha. Aduh! Macam aku kata dulu aku memang tahan hati je dengan perangai Eza. Kalau terbit rasa cemburu, tak kan lah tak sedar yang Azalan tu sebenarnya belahan jiwa?

Oh, ya! Dalam novel ni ada si Syella yang boleh tahan jahatnya. Dah sama level dengan si Ain dalam Lazuardi. Tapi si Eza memang sangat pemaaf orangnya, atau aku harus kata dia sangat naif [?] *wink*

Happy reading (^-<)

Encik Abangku Romantik



Encik Abangku Romantik
Elee Mardiana

ISBN: 9789831248102
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 576
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Widelia. Tak pasti nak suka karakter ini atau tidak. Tapi ya, ini antara karakter heroin yang akan aku ingati. Dia gila. Dia selamba. Dia memang buat perkara ikut sukanya. Tapi, dalam urusan hal kahwinnya dia terperangkap. Mama memang sangat pandai mengambil kesempatan dalam kesulitan. Sudahnya, dalam nak-tak-nak, dia ditunangkan dengan Haikal; mamat sombong yang dimarahnya dulu.

Tapi dalam tak suka tu, Haikal bukan main mengejar. Dia sukakan gadis yang banyak idea tu. Dan mungkin nasib menyebelahinya, episod ‘kecederaan’ di samping Widelia membuatkan mereka berdua dijodohkan. Wah! Apakah kecederaan itu? Ha, sila-sila baca sendiri.

Watak-watak di sekeliling pelaku utama; Widelia memang menyokong cerita ni. Terutamanya watak si Insyirah tu. Ya, ampun! Ingat ya penyakit hati ni bahaya. Lagi satu, sentiasa bersyukur dengan apa yang dipinjamkan kepada kita. Kenapa aku katakan pinjam? Sebab semua yang kita anggap hak kita, semuanya milik Dia Yang Satu. See? Jangan nak berlangak sangat! Eh! Aku pula yang over hahaha :P

Cerita ni sebenarnya boleh tahan banyak juga konfliknya. Satu per satu yang Widelia kena tempuhi, tapi mungkin kerana karakternya yang main hadap je, jadi nampak cerita ni ringan.

Dan, aku suka gaya santai penulis. Menampakkan cerita ni mudah dihadam walaupun di tengah-tengahnya nanti ada sisi hitam yang dikongsikan. Ini novel ketiga yang dibaca ada dimasukkan hal-hal syirik sebegini. Kredit buat penulis kerana entah bagaimana aku boleh suka dengan sisi hitam tu. Haihh... meremang juga bulu roma *wink*

Cuma pada pendapatku, adegan hujungnya bagaikan tergesa-gesa untuk ditamatkan. Adegan paksu-Insyirah, bergaduh dan tembak-menembak. Terasa macam ribut sikit. Tapi ending yang tetiba nak namakan anak dengan nama bibik tu memang takleh bla... hahaha.

Ps: Ehem.. romantik tu diukur dari segi apa? hikhikhik. Tetiba teringat pada si enche *wink*

Happy reading (^-<)