Aktviti Membaca!

Isnin, 26 Mei 2014

1, 2, 3... Bintang di Langit



1, 2, 3... Bintang di Langit
Bidayatul H.

ISBN: 9789670508573
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2014
Halaman: 514
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Oh, Teja! Hatimu libang-libu hanya kerana si abang Tuah. Tapi tau tak, che Rina pun suka tau tengok bintang ;))  Eh! Eh! hahaha

Full review: 26/05/2014


"Ji'a...hidup ni singkat. Membenci orang akan buatkan kita letih. Jiwa kita jadi tak sihat. Dan natijahnya, perasaan kita takkan pernah tenteram." - Kak Manis [pg 336]


Kalau nasihat ni ada di awal-awal, pasti si Teja kita ni lembut hati sikit ;))

Cerita yang mudah hadam dan biasa-biasa saja. Betul, tiada konflik jiwa yang menyerabutkan kepala. Tiada kisah golongan hartawan yang menjodohkan anak-anak untuk kelangsungan kekayaan masing-masing. Ini cuma kisah;

Ji’a.
Paan.

Isunya pun biasa-biasa saja -- si kawan yang berperang dengan rasa terlebih suka dan bila rahsia hati terbongkar, maka hubungan itu berantakan. Klise. Benar, tapi aku suka penyampaiannya. Alunan bahasa yang santai dan ada campuran dialek Kedah. Mungkin juga dibantu dengan setting di kampung. Markah tambahan untuk nilai sentimental yang dibawa oleh penulis. Dulu-dulu aku pun sangat hero dalam berlumba gerek hahaha

Aku juga suka dengan nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan. Komunikasi itu penting. Jangan sampai hal kecil jadi isu besar bila kita saling bercakaran tanpa henti. Lebih parah, kalau hubungan manis antara dua sahabat itu terputus. Hilang kawan, ada masanya boleh hilang nyawa. Tak gitu, Tun Teja? *wink*

Enche Paan. Mujur ada tukang sorak di sekelilingnya. Kesemuanya dalam diam membantu abang Tuah mendekati Tejanya kembali. Aku paling suka watak Kak Long yang senyum senget dan Noin yang bubbly, tak lupa Makcik Lijah. Watak tambahan yang paling legend sekali hikhikhik. Tapi kan Paan, che Rina ni setakat ok-ok la dengan awak. Disebabkan Teja dah maafkan dan sayang sangat dengan awak, che Rina pun macam boleh maafkan awak! [Tetiba! Campur tangan si tukang komen hahaha ;P].

Cuma, aku tertanya-tanya perihal:-
1.  Kak Manis dan Emran.
2. ‘Kedatangan’ mengejut Hardi dan Dahlia.
Alaaa... aku ada terlepas sesuatu kah?

Apa pun aku masih menyukai rentak berlenggang-kangkung-pulang-dari-bendang ini. Ditambah dengan rangkaian lagu-lagu M. Nasir yang mendominasi halwa telinga. Waduh! Manis sekali.

Buat penulis, tahniah! Moga awak terus sukses ya. Kebetulan, saya memang tak pernah berhenti melihat langit. Dan, permintaan kecil si marhaen ini, moga dilanjutkan kisah abam Aus tu. Eh! Eh! ;P

Ps: Ini review terakhir che Rina sebelum bercuti panjang. Selamat membaca dan membakor hikhikhik. Jaga diri! Till we meet again. HasbunAllah wa ni'mal wakil.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Cik Airina,

    Selamat bercuti panjang dan juga bertukar gelaran..

    Yeahuuuuuu..:))

    BalasPadam
  2. yea! saya jumpa buku ini di pasar chowrasta minggu lepas. teringat review akak pasal buku ni...terus grab.

    BalasPadam
  3. donworibehepi,
    Ohh! Akak memang teringin sangat nak pergi Chowrasta tu! Ceciter sikit pengalaman kat sana :D

    Selamat membaca ya, dik!

    BalasPadam
  4. AimieAfifah,
    Macehhh kakchik! :D

    BalasPadam
  5. syurga buku murah...tapi bg seseorang yang mempunyai imaginasi tinggi. Chowrasta is a bit disappointment. hanya ada dua peniaga di tingkat 3 tu... saya bayangkan satu gudang.tp berhabis jugalah untuk beli buku2 yang baru dan lama. ralit memilih. hahaha.

    BalasPadam
  6. donworibehepi,
    Nak cari buku lama la yang senang kan? Waaa...i like. Entah bila leh ke sana :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))