Aktviti Membaca!

Jumaat, 18 April 2014

Guy Next Door



Guy Next Door
Rose Harissa

ISBN: 9789670448633
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 487
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Ini antara penulis favourite aku. Old time. Hands down.

Full review: 16/04/2014

Aku suka:-

1. The one & only, that Guy Next Door [GND] -- Adam Putra Iskandar. Ok, namanya pun dah ala-ala hero filem. Tapiiii... dia sangat cool ok! *amboiiii* hahaha. Aku sebenarnya suka dengan cara penulis melakar watak Adam ini. Tak dinafikan, RH memang pakar dalam menggambarkan watak hero-hero novelnya, tu buat aku makin suka dengan Adam.
2. Makcik Umi -- Karakter ibu yang paling hilarious selepas Makcik Sari. Memang asyik tergelak je bila baca percakaran anak beranak. Kata-katanya memang asyik kena batang hidung sendiri. Dan, dia ibu yang paling tepat untuk si anak seperti Kris.
3. Jalan cerita yang sweet like candy. Cerita ini mungkin hadir tepat pada masanya, ketika aku tengah serabut dengan segala hal duniawi [ok, exaggerate! :P]. Aku perlukan sesuatu yang simple, tapi menarik hati. Padaku, GND boleh masuk dalam kategori chic lit.
4. Kris -- Jujur, aku tak suka dia hahaha. Tapi ya, seiring pembacaan rasa tak suka itu hilang sikit demi sedikit. Watak seperti Kris perlu ada untuk mengimbangi watak cool Adam. Adanya Kris untuk buat pembaca seperti aku menyampah, tapi dalam masa yang sama tetap ingin belek GND hingga ke halaman terakhir. Ha, nampak tak betapa Kris sebenarnya penting dalam cerita GND ni *wink*
5. Family bonding dan rasa kasih sayang -- Hubungan antara anak perempuan mahupun lelaki dengan ibunya. Rasa hormat dengan jiran tetangga, sikap ambil berat bukannya jaga tepi kain orang. Kesemua ini buat aku rasa cerita ini dekat di hati sebab adanya rasa belonging.

Kalau inginkan sesuatu yang santai dan mudah hadam, boleh dapatkan novel ini. Ia bukan kisah cinta air mata, jadi jangan risau anda tak akan mudah naik angin. Cuma, kalau ada sikit rasa menyampah mungkin sebab si Kristal tu, atau mungkin juga kerana adanya si Fandi. Perghh... tulis namanya buat aku sendiri rasa alergik dengan mamat seperti ini *wink*

Cuma, aku selalu kena betulkan tune dengan pertukaran POV dalam setiap bab. Kalau yang jenis baca langkau-langkau, mungkin akan tersesat juga. Juga mungkin boleh betulkan kesalahan ejaan Bahasa Inggeris dalam cetakan seterusnya. Kesalahan minor je ni.

Dan, bintang-bintang bersinar bukan hanya kerana ceritanya, pasti juga untuk penguat semangat kepada penulisnya. Tahniah! Moga tak akan pernah berhenti. Welcome back sis! ;))

Ps: Kalau rasa review aku ini bias, korang boleh lihat review teman-teman lain di GR.

4 ulasan:

  1. Siyes, sy sgt suka novel ni!!! 5 bintang!!

    Sufi (",)

    BalasPadam
  2. Sufi (",),
    Cerita yang comel mesti ramai yang suka, kan? :D

    BalasPadam
  3. Love this novel.. Xtau bpe kali da baca novel ni.. Antara novel kesayangan saya..

    BalasPadam
  4. Hidayah Awi,
    Novel RH jarang menghampakan, kan? ;)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))