Aktviti Membaca!

Isnin, 21 April 2014

Di Penghujung Cintaku Adelia



Di Penghujung Cintaku Adelia
Wan Rohayu

ISBN: 9789671188262
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 648
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

"Mengopi"

Perkataan yang lekat dalam kepala seusai menamatkan cerita ini. Sorry! Aku masih tidak boleh hadam bila dengar perkataan itu hahaha

Full review: 21/04/2014

Menutup 648 muka surat dengan perasaan tak best *wink*. Bukan apa, aku memang stress dengan Pasha sejak aku ‘kenal’ namanya. Mudah benar kah sang isteri melupakan dan memaafkan perbuatan kejam [aku tak jumpa perkataan lain yang paling sesuai buat masa ni :P] suami tu? Tak kisahlah, cinta separuh mati pun tapi kalau Adelia sudah diberi peluang untuk cari bahagia sendiri, kenapa tidak buat begitu?

Perghh... panjang betul komen ketidakpuasan hatiku? hahaha :P

Aku suka:-
1. Skop kerja -- Hati memang tergedik-gedik nak tahu akan pekerjaan yang tak pernah aku impikan selama ni. Tepat sekali, nak jadi nurse tu ingat senang kah? Dan, aku suka tinta penulis tentang warna pakaian seragam jururawat tu, mengkritik secara halus tentang pemilihan warna transparent sebegitu.
2. Premis cerita -- Kalau ini boleh dikategorikan sebagai kahwin-paksa, aku kira naskhah ini membawa alur kahwin-paksa itu dengan caranya tersendiri. Dan, pastinya hal-hal motorsikal berkuasa besar tu amat menarik perhatianku daripada konflik hero dan heroin *wink*
3. Adelia -- Nak kata suka sangat tu tidaklah, tapi nak kata benci pun tidak. Pada hematku, dia ada karakter yang cukup ampuh kalau berdiri sebagai wanita. Dia boleh menepis godaan jejaka-jejaka tampan dengan mudah. Tapi kalau sebagai isteri yang cintakan suaminya... dia tewas. Tewas dalam mengendalikan urusan hati sendiri *amboiii*. Dan, jujur, penulis sudah berjaya membolak-balikkan hatiku dengan karakter Adelia. Ada rasa berbaur, kasihan dan geram dengan wataknya.

Menulis dengan ayat yang santai dan selamba itu boleh, sangat dialu-alukan kerana aku sendiri tak sukakan ayat yang terlalu ‘keras’ dan skema. Tapi selamba itu tak bermakna bahasa pasar. Dan untuk watak-watak yang berbahasa Inggeris, kalau perlu digunakan juga, diharapkan pihak terlibat ambil berat akan hal ni. Tak berbahasa Inggeris tak bermakna watak itu tak cukup umpph, kan?

Novel kedua yang mengatakan mamat Vampire; Edward Cullen tu kacak. Perghhh... aku alergik hahaha. Tapi, kalau nak dibandingkan, aku lagi tak suka Pasha. Tiada maaf bagimu ya! Titik. hahaha *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))