Aktviti Membaca!

Isnin, 28 April 2014

Cinta Kita



Cinta Kita
Suzana Sulaiman

ISBN: 9789671226735
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: 2014
Halaman: 512
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Walaupun aku tak sukakan cover, tapi aku isi ceritanya. Phewitt..

Full review: 23/04/2014


“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish


Oh, myy! Suka hati je bagi statement cam tu kan Khalish? hahaha :P

Apa yang buat aku sanggup jadi burung hantu kerana mahu habiskan novel Cinta Kita [CK] adalah:-

1. Isi cerita -- Tidak terlalu mencuba. CK kisah biasa-biasa saja, yang penting bukan cerita kahwin-paksa. Kita ada si Qistina; gadis yang boleh dikatakan lewat berkahwin. Kita ada enche Khalish; duda hot beranak satu. Eh! hahaha :P Dan pastinya, ada isu pre-eclampsia. Satu input baru untukku, dan aku suka dengan cara penulis menyampaikannya.
2. Qistina vs Khalish -- Mungkin kerana cerita ini yang mana kedua-duanya sudah di usia matang, jadi tak akan jumpa kisah gaduh/masam muka tentang benda yang remeh-temeh. Alaa... rasanya korang faham. Hubungan mereka berdua selepas berkahwin juga sweet, tapi bagiku masih lagi terkawal.
3. Konflik -- Boleh dikatakan tiada konflik yang membunuh. Point penting kenapa boleh dihabiskan dalam semalaman. Cuma ada sedikit konflik jiwa Khalish di penghujung cerita, yang buat aku rasa Khalish dah tak hot *wink* Dan, cerita ni tak meleret, takde isu kekasih lama datang kembali ke, mak mertua tak sukakan menantu ke apa. Yay!
4. Rasa belonging -- Aku memang suka akan cerita yang ada konsep kekeluargaan. Dalam CK misalnya, bukan saja ada hubungan Qistina dan ibunya, ada Khalish yang bersusah-payah handle Husna dengan sokongan pada keluarganya. Semuanya buat rasa dekat di hati.

Dan, markah bonus untuk setting di Soleil. Suka. Suka. Suka. Eh? hahaha :P

Cuma, selepas Qistina selamat melahirkan anak, kes pre-eclampsia tu bagai ‘ditutup’ begitu saja. Ke aku ada terlepas pandang apa-apa? Sebabnya tup-tup Qistina dah sihat. Ok, nasib baik Qistina sihat walafiat, kalau gugur di ‘medan perjuangan’, ada kena bakor buku ni. Ngee~~

Walaupun cerita ni ringkas, tapi penulis tetap menyisipkan ilmu di dalamnya. Dan aku masih lagi ingat ya ada doa naik kenderaan dalam bahasa Rumi. Cuma, mungkin akan terasa canggung kerana tajuk novelnya bahasa kita, sekali isi dalam beza sungguh. Apa pun anggap saja training untuk diri sendiri, kan ada banyak lagi English Romance nak dihabiskan *rolled eyes*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))