Aktviti Membaca!

Jumaat, 14 Mac 2014

Cinta Sejati


Cinta Sejati
Azra Aryriesa

ISBN: 9789675234071
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua 2010
Halaman: 412
Harga: RM16.90


~ Rasaku… ~

Lama cari novel ni. Tak silap hunting process sejak tahun 2010 *wink*

Ok, ceritanya mudah. Tapi mula-mula tu lambat panas sebab setiap bab kita dibawa mengenali ramai watak dan itu buat aku confused. Dia ni siapa, yang itu siapa dan apa kaitannya? Ha, aku rasa itu yang buat aku terus bertahan membacanya. Perasaan ingin tahu itu.

Dan kalau baca-berhenti-sambung-baca, tu kena hati-hati sebab nanti akan timbul perasaan bengang sebab kena baca balik dari mula sebab tiba-tiba lost dengan semua watak yang ada [aku lah tu :P].

Yang aku suka:-
1. Zarif & Zara. Pasangan suami isteri yang dikahwinkan atas aturan keluarga, tapi masing-masing duduk berasingan kerana tiada cinta di hati. Tapi itu bukan alasan untuk menjadi pasangan yang tak setia. Zarif mahupun Zara, walau diduga dengan pelbagai godaan cinta di sekeliling mereka masih tahu di mana batasnya.
2. Yashmaan. Wataknya yang ‘ada’ dengan Zara dah buat aku teka mamat ni nanti akan suka Zara, tapi ya itu semua tak berlaku. Penulis mencorakkan watak Yashmaan sebagai pencinta yang setia, walaupun dia loser di awalnya. 7 tahun, tempoh masa untuknya berubah cukup menunjukkan yang dia benar-benar insaf dan mengaku salah.
3. Ada 2 ceritera cinta [Zarif-Zara & Yashmaan-Mia] yang berdiri dengan sendirinya tapi saling berkait antara mereka. Aku suka dengan gaya penulis yang merungkai isinya satu per satu. Dan untuk memudahkan pembacanya, setiap bab akan ada kisah salah seorang daripada mereka.

Pada hemat insan serba kerdil ini [Wah! Exaggerate!], aku suka dengan mesej yang cuba disampaikan -- menghargai. Apa saja yang diberi pada kita ada sebabnya, kenapa Tuhan aturkan itu sebegitu. Didik hati untuk redha, hargai yang ada di depan mata. Suka atau tidak, hadap saja. Itu yang mudahnya.

Cuma mungkin ada kesilapan teknikal. Ada part “5 tahun berlalu”, rasanya itu sepatutnya diletakkan di bab akhir bukan di bab perkahwinan Yashmaan-Mia. Confused weiii..hahaha :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))