Aktviti Membaca!

Khamis, 9 Januari 2014

Melodi Kasih


Melodi Kasih
Hezzy Azra

ISBN: 9789831243275
Penerbit: Grup Buku Karangkraf - Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2008
Halaman: 480
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Surprising! Aku suka ;))

Full review: 08/01/2014

Premisnya aku suka. Jalan ceritanya aku suka. Gaya bahasanya pun aku suka, walau ada beberapa part tu aku rasa macam sedikit off. Takpe, tak bawa banyak masalah pun sebab ceritanya sudah cukup memikat hati aku.

Ada tiga kisah sahabat - Zahara Inas [Zaha]; si gadis andalusia, Edrina Julia [EJ]; si isteri sepi & Iman Syukriah [Iman]; si isteri dan ibu hampir sempurna. Tapi padaku, kisah ini lebih fokus pada Zaha & EJ. Watak Iman; mungkin kerana tiada konflik besar jadi wataknya kelihatan biasa-biasa saja.

Zaha bukannya gadis tak laku, tapi kekecewaan pada kaum Adam buat hatinya ditutup kemas-kemas. Namun melihat betapa bahagianya Iman dan suaminya, hatinya  terusik. Sampai bila mahu keseorangan? Bukankah cinta itu sebenarnya indah?

EJ sang isteri setia. Apa saja yang disuruh suami diikutkan. Malah, berkahwin dengan Taj pun adalah aturan keluarganya. Sebagai isteri, Taj disayang sepenuh raga. Tapi apakan daya, cinta dihulur dibalas tuba. Perghh... aku rasa nak ketuk-ketuk je si arrogant Taj tu *wink*

Iman bahagia menjadi isteri sang lelaki yang dicintai semenjak di alam universiti. Huzir nyata suami yang cukup sempurna. Masalah luar tepi boleh diatasi dengan adanya sang suami di sisi. Itu sudah cukup buat Iman. Harta benda boleh dicari, tapi kasih sayang tak mungkin boleh dijual beli.

Jadi apa konflik cerita ni? Eh! Bukan aku dah tulis kat atas ke? hahaha Kalau takde, takpelah. Korang boleh baca sendiri. Semuanya nak cerita, tak aci la ;P

Kredit pada penulis. Walaupun kisahnya ada tiga, ianya disusun dengan baik sekali. Ada sedikit elemen surprise yang agak menjadi. Sebab masa baca tu aku dah macam, “Eh! Tak kan lah? Tipu tipu tipu!” hahaha

Dan semuanya dibongkar dalam dua-tiga bab terakhir. Cuma aku kurang setuju dengan ending. Alaaa... kenapa macam tu je? Haihh... tak puas! [banyak benar permintaan aku. Ya, aku memang banyak songeh ;P]

Rasanya lepas baca buku ni, aku dah tau apa yang aku suka. Bila masuk era ‘senja’ ni, kesukaan aku berubah pada cerita yang ada banyak cerita. Eh! Faham-faham sendiri lah, malas nak komen panjang hahaha

Ps: Fariq tu boleh masuk calon lelaki yang pandai mengayat. Manis. Sangat!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Airina,
    Terima kasih atas kesudian membaca Melodi Kasih (novel pertama saya yg sudah 7 tahun diterbitkan) Alhamdulillah...MK memenuhi citarasa w/pun tak berapa puas hati dgn ending nya, ya? :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam sis Hezzy Azra,

    Touching! Tak sangka akak pun sudi singgah sini. Terima kasih kembali ya :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))