Aktviti Membaca!

Rabu, 11 Disember 2013

‘Skandalaous’ Ika: Cinta Berani Mati

‘Skandalaous’ Ika: Cinta Berani Mati
Haswida Abu Bakar

ISBN: 9789670201726
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 442
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Buku kedua penulis yang aku baca. Yeah..penulis sangat brilliant dalam membakar jiwa. Pheww~~

Full review: 11/12/2013

Pertamanya, kalau ikut progress membaca di GR, buku ini lama sungguh di tangan. Jadi aku mahu clarify yang bukan buku ini penyebabnya. Masalahnya adalah aku sendiri. Agak sibuk dengan urusan-urusan yang tak pernah habis hahaha :P

Gaya bahasa dalam buku ini agak berlainan dengan buku WBR. Mungkin kerana fokusnya sendiri berbeza. WBR untuk si manis 17, yang ini pula boleh dikategorikan sebagai novel umum. Sesuai lah untuk semua pihak.

Jujurnya, aku pada mulanya susah juga nak masuk jiwa. Payah mahu menyelam isi hati seorang Zulaikha [Ika], yang begitu berani mati menerima cinta sang lelaki suami orang. Ya. Kisah si Ika, si gadis sunti yang dalam diam berskandal dengan suami anak-anak yang diasuhnya. Perghh.. panas.. panas! Cerita ini memang cukup sensasi gitu hihihi

Tapi bila diheret perlahan-lahan ke tengah-tengah cerita, baru aku mengerti. Bukan mudah juga menjadi Ika. Ironinya. Aku terasa aku pula yang menjadi Ika, tersepit dengan pilihan hidup. Hanya kerana terlalu cintakan diri sendiri, tidak dapat tidak huluran cinta si Rayyan disambut. Sedangkan hati? Hati sebenarnya berbolak-balik. Suka dan tak suka, gelojak si anak gadis yang sedang berperang dengan hawa nafsu sendiri.

Cuma aku agak keliru dengan hubungan Ika-mama-mak-ayah. Apakah aku yang kurang mengerti? Tetapi sepertinya faham tapi entah hahaha Dan pengakhirannya sedikit mengecewakan. Padaku, ia tak cukup solid untuk kisah yang panas sebegini. Haihh... banyak sangat komennya :P

Touched. Aku cukup suka dengan karya ini. Isu yang dibangkitkan, sindiran-sindiran halus yang terselit. Terasa seperti sembilu yang menghiris. Luka. Sakit. Tapi untuk mengecap kebahagiaan, memang itu lah harganya.

Ps: Something Borrowed tu aku tak habis baca. Mungkin lepas ni aku sambung baca balik *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. lah~~takut saya nak baca novel ni. tak boleh terima cerita cinta suami orang. sungguh :(. tapi mungkin satu hari nanti saya akan cuba baca. ~lepas habis semua novel yang belum baca kat rak tu

    Ps: GR down lagi~rasa tak boleh buat apa dah. On9 pun tak besh

    BalasPadam
  2. Happy Mind,
    Hahaha..cuba dulu ya dik S :))
    Memang mencabar emosi nak baca sebab akak pun tak suka kalau ada orang ketiga ni hihi :P

    Ps: GR & masalahnya..haihh!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))