Aktviti Membaca!

Selasa, 29 Oktober 2013

Suara Tengah Malam

Suara Tengah Malam
Maria Kajiwa

ISBN: 9789670535388
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 528
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Done! Tapi ini bukan cerita hantu..ohhoi!

Full review: 25/10/2013

Apa yang aku suka tentang buku ni:-

1. Laras bahasa yang menjadi. Maksudku cukup apa adanya.. nak kata Bahasa Melayu Tinggi tak juga tetapi penulis tahu meminimakan bahasa rojaknya.
2. Plot yang mudah dan tersusun. Tak pusing kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang smooth.
3. Pengolahan cerita yang baik. Walaupun dalam kategori seram, ianya tak seram sangat. Cuma ada misteri yang buat rasa nak baca dan baca sampai ke titik penamatnya.
4. Menggunakan ‘suara’ sebagai titik mula cerita dan ‘suara’ itu akan membawa ke semua watak ke penghujungnya dengan ending yang superb.
5. Ceritanya bukan anti-klimaks walaupun aku sebenarnya sudah dapat mengagak siapa sebenarnya Sofy dan apa itu ‘suara’ yang menghantui cerita ini bila tiba di pertengahan cerita.
6. Watak-watak yang berkesan. Baik Adam, Rafiq, Mazni mahupun Mak Minah yang misterius. Setiap wataknya diberi ruang yang cukup untuk berkembang. Solid.
7. Kisah masyarakat marhaen dengan masalah sumbang mahram, gengsterisme, dadah dan konflik keluarga. Ya, masalah biasa yang tiada kaitan dengan golongan konglomerat yang punya wang berjuta-juta. Pheww... bosan kot kalau asyik-asyik kisah orang kaya kan?

Hoho..senarai di atas ni cukup la kot sebagai resensi. Aci tak? :P

Ini kali pertama aku baca karya penulis ini. Dan karyanya ini buat aku rasa nak cari ceritanya yang lain. Aku suka kerana ada variasi dalam karyanya, bukan kisah cinta stereotaip seperti novel melayu yang lain.

Kisahnya tentang Adam yang mencari isterinya yang telah diculik tiga tahun lalu. Hasil penyiasatan terbarunya membawa dia ke Melaka. Di sana dia duduk menyewa bilik di sebuah lama yang penuh misteri. Dia bertemu Rafiq, lelaki yang turut menyewa di bilik sebelahnya.

Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina menimbulkan tanda tanya. Apa lagi dengan kedinginan Mak Minah bila saja mereka mahu tahu akan kejadian sebenar yang berlaku di rumah lama itu. Kepulangan Mazni; anak sulung Mak Minah yang balik bercuti merupakan titik tolaknya. Tiap yang berlaku ada sebabnya. Dan dengan Mazni, mereka bertiga cuba merungkai tiap persoalan.

Apakah suara yang menghantui malam-malam mereka itu benar-benar hantu? Dan apakah rahsia yang disimpan kemas oleh Mak Minah? Dapatkah Adam menemui isterinya semula? Hanya STM ada jawapannya.

Baca... jangan biarkan anda diselubungi misteri hee :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))