Aktviti Membaca!

Selasa, 29 Oktober 2013

Dendam Ratu Ular

Dendam Ratu Ular
Annur Shanana

ISBN: 9789670535418
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Halaman: 432
Harga: RM18.90

~ Rasaku… ~

Ceritanya buat aku teringat movie Hindi bertajuk Nagin. Tapi ya, ia bukan kisah copy-paste filem Bollywood itu. Tidak, jadi jangan risau :P

Kaira. Menjadi seorang Kaira itu terlalu menyakitkan. Fizikalnya yang separuh cacat dan hodoh jadi bahan hinaan dan cercaan. Kasihan! Anak gadis sekecil itu dilayan seperti sampah. Sudahlah ibu sendiri menggelarkannya sial lalu pergi meninggalkannya, orang luar apatah lagi.

Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sudah lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, dia sanggup mengupah Daud untuk membakar rumah Kaira. Namun takdir, umur Kaira masih panjang. Sebaliknya nenek kesayangannya yang terbunuh.

Kaira membawa diri. Rasa sedih dan dendam mengawal dirinya. Dan keadaannya itu menyebabkan dia mudah tertewas dengan hasutan Raja Ganerin; raja ular jadian. Syarat dimeterai. Balasannya kini Kaira adalah sang ratu cantik yang berbisa. Sampai sudah saatnya melunaskan dendam. Satu per satu, semua yang pernah menyakitinya harus dihabiskan.

Namun kuasa cinta mengubah Kaira. Keadaannya menjadi sukar. Kerana cinta manusia hanya akan menjadi racun buat dirinya. Bagaimana mahu menolak Rafli, sedang hatinya terbakar dek panahan mata sang lelaki budiman itu? Benarkah kata Raja Ganerin, yang jasad Kaira saja yang masih manusia sedangkan jiwanya sudah lama mati? Pheww… sila-sila dapatkan naskhah ini di pasaran.

Aku suka dengan plot ceritanya yang teratur. Pace pula tidak terlalu tergesa-gesa dan tidak juga lambat. Buat  aku rasa selesa untuk menikmatinya. Penulisnya bijak mengawal suasana, sedikit demi sedikit membina rasa teruja hinggalah ke titik penamatnya.

Laras bahasa yang mudah dan santai. Yalah, ceritanya sudah serius, kalau bahasanya kaku kita pula yang tegang hahaha Dan aku suka dengan mesej tersirat yang ada dalam novel ini. Manusia… bila nafsu mengawal akal. Pertimbangan hilang melayang… hati-hati wahai teman!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Terima kasih :)Izinkan saya share ya

    BalasPadam
  2. Annur Shanana,
    Sama-sama. Silakan cik penulis. Moga ada manfaatnya bersama :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))