Aktviti Membaca!

Selasa, 22 Oktober 2013

Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk Dia
Nureen Mirza

ISBN: 9789831248270
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2013
Halaman: 523
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

3.5*
Sebenarnya aku suka dengan cover. Comel! Dan tetiba rasa macam lapar pula hahaha

Full review: 22/10/2013

Mengisahkan tentang perkahwinan sembunyi-sembunyi oleh si Ainin Sofiya [Ainin] dan anak majikannya; Ahmad Ziyad [Ziyad]. Itu semua berlaku kerana Ziyad mahu menawarkan bantuan kewangan pada Ainin tetapi si Ainin ni pula tak mahu. Dia tak nak berhutang wang ringgit dengan Ziyad. Tak elok. Takut pula nanti tak mampu dibayar, tergadai body *wink*

Namun atas desakan hidup, mengenangkan dirinya yang bersusah-payah menyara keluarga setelah kematian suaminya, Ainin terpaksa juga menerima lamaran Ziyad. Itu pun ada syaratnya. Ainin harus merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga dan teman wanita Ziyad. Malah, Ainin juga tidak dibenarkan hamil.

Memang time baca plot lepas kahwin tu, ringan je tangan nak sepak laju-laju si Ziyad tu. Selfish teramat sangat. Cemburu pun bukan main. Dah tahu si isteri tu comel macam anak patung disuruh berlakon bagai. Haihh..kasihan Ainin. Sabar sungguh menjadi isteri lelaki tak sedar diri seperti Ziyad.

Namun sampai bila boleh disorok? Lagi-lagi bila Ainin disahkan mengandungkan anak Ziyad. Mana mahu diletak kandungan Ainin itu? Salah faham makin menghimpit. Ziyad pula makin membisu. Ke mana arah tuju hubungan mereka berdua? Ha.. baca-baca. Sila-sila.

Tajuknya tu ada kaitan dengan makanan kegemaran Ziyad. Asam pedas masakan Ainin. Tu yang buat Ziyad gila bayang hahaha Satu keluarga Ziyad sukakan air tangan Ainin tu. Malah aku sendiri tak sangka mudahnya keluarga Ziyad terima Ainin tu... ha tu lah Ziyad rahsia-rahsia sangat!

Secara peribadi, ini cerita comel yang ada ending yang manis. Ada part yang pedas-pedas, ya lah dah lauknya asam pedas tak kan la semuanya manis saja! hihihi.. Lagipun, penulisnya adalah antara penulis senior yang sudah arif dalam menata lenggok bahasanya. Jadi, mudah saja aku hanyut. Dan ya, sebagai penulis senior, beliau tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam novelnya.

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Besh sangat2 cerita ni.. mmg pakat besar penulis ni.

    BalasPadam
  2. Meery Haniy,
    Hee.. penulis lama ni. Memang best :D

    Zul Shima,
    Beli online di Alaf21 pun boleh.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))