Aktviti Membaca!

Jumaat, 11 Oktober 2013

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu
Anis Ayuni

ISBN: 9831241878
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 2005
Halaman: 584
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Buku lama yang dijumpai semula dan diulang baca. Kebetulan di GR, buku ini tiada lagi dalam rak ‘Read’. Ha, memang elok sangatlah tu :D

Duka yang ditanggung Raihana masih parah. Entah kan bila akan susutnya. Pemergian Abang Wan; tunang tersayang meragut kesemua hatinya. Hingga dia menolak sesiapa saja yang hadir dalam hidupnya. Namun, jejaka serabai yang seorang itu tidak pernah peduli. Sufian tegar ditolak berulang kali, tapi hajat nak menyunting Raihana tak akan dilupakan.

Raihana Vs Sufian. Pasangan ini berkahwin kerana suatu kejadian. Haihh... memang si Sufian tu patut kena luku laju-laju. Ada ke buat plan yang entah apa-apa tu? Hailoh... tapi apakan daya, by hook or by crook Sufian tetap mahukan Raihana sebagai isteri. Tak mahu dah yang lain. Titik.

Perkahwinan mereka tak seperti pasangan lain. Raihana sering saja mengelak biar pun Sufian tak habis-habis dengan strategi memikatnya. Satu per satu adegan memikat yang buat aku tersenyum. Gigih sungguh Sufian!

Dalam menolak, hati Raihana terusik. Apa lagi yang memuja adalah lelaki yang  halal buatnya. Namun saat hati mahu berkata ya, Sufian berkahwin lagi? Jeng jeng jeng... Raihana oh Raihana! Cepat benar berprasangka. Ha, jadi apa kesudahan pasangan tak sejoli ini? *wink*

Walaupun ini buku lama, feel tu masih ada. Rerama masih sudi berterbangan, membuat aku terbuai-buai dengan kisah cinta romantik ini. Barangkali kerana bahasa puitisnya. Penulis senior seperti Anis Ayuni memang tak perlu disangkal lagi akan kehebatan gaya bahasa dan teknik penceritaannya. Sungguh menusuk kalbu.

Dan ya, kerjaya Raihana sebagai cikgu tu pernah buat aku memasang cita-cita mahu bergelar guru. Dulu lah... hihihi :P

Ps: Tiada gambar buku sebab lupa nak snap hari tu hahaha

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

What say you?
Do comment... but please state your name :))