Aktviti Membaca!

Isnin, 7 Oktober 2013

Kau Kekasih Gelapku

Kau Kekasih Gelapku
Que Sera Sera

ISBN: 9789671192559
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 566
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Ideanya fresh. Quite entertaining. Tapi... aku rasa kosong. Maaf!

**review panjang? Nanti-nanti haha

Full review: 07/10/2013

Memikirkan genre dark fantasy romance, hati sudah melompat-lompat gembira. Ya, kita jarang ada genre sebegini. Balik-balik kisah kahwin paksa, kahwin paksa... dan kahwin paksa *wink*

Rihanna dan Ayuna. Dua beradik kembar yang supernatural. Kedua-duanya lahir daripada penyatuan kaum Nian dan Demon. Seorang tercampak ke dunia manusia, yang seorang lagi dijaga rapi oleh kaum Shaman. Bila Rihanna hilang dan berubah menjadi Demon keseluruhannya, watak Ayuna mengambil tempat. Bunyinya menarik kan?

Ya, aku tak nafikan. Namun seiring pembacaan, graf kegembiraan aku jatuh sikit demi sikit. Mungkin faktornya adalah aku sendiri. Ya, aku kolot. Tapi itulah aku. Ada beberapa perkara yang aku rasa ianya diceritakan terlalu bebas dan kelihatan “tak ada apa-apa pun, ianya perkara biasa.”

Apa pun ya, aku masih enjoy membaca. Mungkin kerana karyanya yang unik walaupun ada pelbagai watak yang dilontarkan. Pembaca tak akan mudah keliru, sebaliknya akan rasa mahu lebih dan lebih lagi. Hingga mungkin tak sedar sudah hampir ke penamatnya.

Aku suka Ryuu dan Darius. Ryuu sang Nian yang gayanya seperti guardian angel. I’m melting! Darius si panglima Demon bermata tajam menikam. Setara aura kedua-duanya. Wah! Terasa aku mahu kedua-duanya sebagai kekasih gelap hikhikhik

Dan aku suka pace ceritanya. Laju. Tidak terlalu meleret dengan perkara yang tidak-tidak. Agak padat dengan kisah permainan Nian-Demon-Shaman-dunia bawah tanah. Menarik. Cuma aku kira ia masih boleh diperkemaskan. Pertarungan antara mereka misalnya, aku mahu aksi yang lebih hebat dan mendebarkan. Yang bisa buat jantung kau berlari kencang tanpa henti.

Akhirnya aku suka keserasian antara Rihanna-Ayuna. Begitu juga dengan pasangan Rihanna-Darius dan Ayuna-Shaqir. Titik keserasian yang tidak dibuat-buat. Aku jadi selesa. Tidak seperti Rihanna yang dipasangkan sebentar dengan Addi, ia nampak agak kekok. Tak begitu masuk dengan jiwa aku. Apa lagi dengan sebab mengapa mereka perlu dikahwinkan. Betul kata Dyh, perasaan teruja aku sebenarnya malap ketika adegan ini.

Ia genre yang agak serius sebenarnya tapi penulis menjadikan ianya ringan dengan menyelitkan unsur-unsur komedi dalam perbualan dan gaya bahasanya. Mungkin kerana sasarannya adalah golongan muda-mudi. Jadi rentaknya perlu kelihatan begitu dan aku tiada masalah nak menghadamnya.

Walau apa pun, tahniah atas kelahiran novel sulung ini. Mungkin untuk karya akan datang, boleh dipertimbangkan untuk menyelitkan info dan ilmu. Berhibur tak salah. Tapi lebih indah kan kalau karya kita punya isi untuk dimanfaatkan? Selamat menulis!

Oh, ya! Rasa dan tahap penerimaan kita semua berbeza-beza. Baca dulu. Kemudian buatlah penilaian anda sendiri. Jangan terpengaruh dengan rating yang diberi. Sebab tak semua suka makan belacan, ya tak? Eh! Hahaha :D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Why dont you read contengan jalanan hlovate?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Erk? I already read that book :D

    BalasPadam
  3. sangat teringin nak baca buku ni lepas baca on9 kt blog penulisnya...believe it or not~sy dah hampir habiskan semua karya kat blog itu. Que Sera Sera punya idea~pendekatan baru yang fresh.

    'kosong' ~ mungkin sebab 'kurang' nilai keagamaan. seni menulis boleh berbagai2.

    BalasPadam
  4. Happy Mind,
    Benar penulis banyak idea yang fresh. Saya tak nafikan.. dan saya tak menolak cerita ini 100%.
    Sebab itu saya minta anda semua membaca & kemudiannya menilai sendiri.
    Citarasa kita tak sama dan selera saya yang agak tua ini mungkin tak kena dengan anak muda sekarang :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))