Aktviti Membaca!

Selasa, 10 September 2013

Eksperimen Cinta

Eksperimen Cinta
Anjell

ISBN: 9789670246529
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Julai 2013
Halaman: 843
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Menarik. Cukup satu perkataan kalau nak aku simpulkan selepas membacanya. Sebagai orang baru dalam industri, karya penulis tidaklah menghampakan. Walaupun pada dasarnya, tema ceritanya tersangatlah klise tapi penulis mampu membawa ceritanya sampai ke hati.. dengan gaya bahasanya yang santai dan konflik kahwin paksa yang tidak terlalu berat. Cuma aku rasa sedikit meleret di awal dan pertengahan cerita. 

Tengku Aaron Shah [Aaron] sudah tertarik pada Damia Farisha [Damia] sejak kali pertama bersua. Damia yang manis dan tegas, sememangnya berbeza benar dengan perempuan-perempuan di sekelilingnya. Tapi Damia sungguh menyampah dengan lelaki bajet hebat itu. Meluat dengan gaya Aaron yang gatal tak bertempat, mentang-mentanglah kaya. Semuanya macam boleh dibeli. Sungguh Damia anti!

Namun takdir mengikat Damia dan Aaron. Kukuh. Aaron cukup bijak mengambil peluang dalam kesempitan. Dan akhirnya, Damia tiada pilihan. Kerana syarikat, dia harus bersetuju menjadi isteri Aaron.

Sedangkan hakikat perkahwinan itu hanya Aaron yang tahu. Dia mahu mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya; Tengku Andrean yang merampas Seri. Dia mahu mereka berdua itu tahu yang hidupnya masih juga kekal bahagia. Damia lah yang menjadi mangsanya. Si bunga itu adalah bahan eksperimen untuk episod kebahagiaannya.

Tidak diduga, alam perkahwinan sebenarnya merapatkan lagi dua hati. Apatah lagi Aaron dan Damia bukannya seperti pasangan kahwin paksa lain. Mereka tidak pula bersengketa, memaki hamun sesuka hati. Ada give and take. Dan bila hari-hari bersama, perasaan mula dilanda getarnya. Haru bila tak bertemu. Rindu bila berjauhan. Hmm... habis siapa yang harus mengakuinya dulu?

Adat dalam perhubungan,ada turun naiknya. Si jejaka seperti Aaron tak habis-habis dikejar wanita. Dan salah seorang bekas teman wanita Aaron; Salmy tak pernah berputus asa. Kemuncaknya, dia mengaku yang Aaron bapa kepada anak dalam kandungannya. Jadi, apa kesudahannya?

Seperti biasa, jangan susah hati. Penamatnya akan sentiasa manis buat pasangan sejoli. Dan ya, Tengku Aaron Shah tu boleh masuk list suami idaman Malaya lah *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))