Aktviti Membaca!

Khamis, 19 September 2013

Antologi Romantika. Bulan Madu di Yarra Valley

Antologi Romantika. Bulan Madu di Yarra Valley
Eka Faraha, Iris Ixora, Puteri Andalas, Nurassyi Rashid, Damya Hanna

ISBN: 9789831248690
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf 
Tarikh Terbit: Mei 2013
Halaman: 704
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Ini koleksi cerita pendek daripada lima penulis. Masing-masing ada falsafah tersendiri dalam mentafsir makna cinta. Cinta yang indah, yang manis atau pun yang membawa derita. Pilihannya ada pada diri sendiri. Itu yang cuba disampaikan oleh para penulis, memilih untuk bahagia adalah di tangan anda, bukannya orang lain.

Namun cinta yang terukir dalam antologi ini ada masam manisnya. Kalau ikutkan hanya dua kisah saja yang punya happy ending. Baki tiga lagi cukup menghiris perasaan. Ha, tu lah sebab kenapa rating kurang tu. Eh? Maklumlah, aku memang tak berapa suka dengan kisah cinta yang sedih.. tak best! hahaha ;P

Dua cerpen pilihan aku:-

Kasih Tercipta Untukmu – Damya Hanna
Suka gandingan hero-heroin. Kisah cinta yang tak terlalu berbunga-bunga, cukup seadanya. Dan penulis tak terlalu gopoh nak menamatkan kisahnya, jadi kita boleh ambil masa untuk mendalami ‘rasa’ antara keduanya.

Mawar Tiga Warna – Puteri Andalas
Sebenarnya ini kisah cinta tak kesampaian. Tapi entah celah mana aku boleh suka pula hahaha Mungkin lenggok bahasanya atau plot ceritanya. Entahlah, pendek kata memang aku suka. Titik.

Baki tiga cerpen lagi biasa-biasa saja. Itu pendapat aku lah, seperti yang aku kata awal-awal tadi kalau kisah cinta sedih ni aku kurang berminat sikit. Nurassyi Rashid, aku perlu cari novel lainnya. She’s got something. Cuma sayangnya aku tak suka cerpennya dalam antologi ni.

Apa pun selamat membaca kisah-kisah cinta yang dilakar indah disulam rasa luka di jiwa. Selamat berbulan madu!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))