Aktviti Membaca!

Khamis, 5 September 2013

Biarkan YM Terus Berbicara

Biarkan YM Terus Berbicara
Hanni Ramsul

ISBN: 9789670448206
Penerbit: Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: 664
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Sekuel boleh jadi berjaya atau membunuh cerita yang sedia ada. Dan untuk siri ni, aku kira biasa-biasa saja. Tak terlalu wow, tapi tak pula mengecewakan. Hanni Ramsul boleh dikira penulis yang punya kelasnya tersendiri. Ada tarikan untuk terus melekat pada karyanya. Cuma aku kira kalau kali ini ceritanya dibuat dari sudut pandang Encik Firdaus, ia akan beri lebih variasi pada kisah asalnya.

Menelusuri kisah alam rumah tangga Adiya dan Encik Firdaus bisa buat yang tak kahwin terasa nak kahwin la la ni juga ;P Manis. Ya. Harus diakui, pasangan sejoli ini menghangatkan lagi kisah cinta mereka sebelum ini. Ada turun naik, pasang surutnya dalam membina perhubungan mereka. Tapi ada masa terasa ceritanya sedikit meleret.. mungkin itu sebab bukunya boleh tahan tebal juga *wink*

Tapi seperti yang aku bilang tadi, penulis pandai mencorakkan alur ceritanya. Plot yang dibina sedikit demi sedikit dengan bahasa yang santai dan memikat. Aku jadi senang nak menghadam satu per satu. Menyelitkan Salina dan Badrul daripada PAM buat mata jadi segar. Terasa nak capai novel itu lepas habiskan yang ini.

Dan pastinya aku suka dengan transisi perhubungan Adiya dan Mia. Begitu juga dengan perkembangan Mia-Abang Kamal. Aku rasa ada baiknya juga sekuel ini berkisar pada pasangan ini. Ala-ala kisah bersiri stail English Romance, kalau perasan sirinya mula-mula pada si abang, lepas tu adik, adik ipar la dan lain-lain. Amboi! Bukan main lagi demand hahaha

Apa pun aku senang dengan isi ceritanya walaupun ada rasa nak lempang si Adiya tu laju-laju. Dia dah tahu betapa Encik Firdaus itu sayang benar padanya, tapi tetap ada rasa sangsi dalam hati Adiya. Aduh! Mana nak cari suami ideal seperti Prince Charming tu wahai Ugly Betty oi?

Ending yang terbaik dengan kegembiraan semua pihak. Baik buat pasangan sejoli mahu pun Mia dan Abang Kamal. Akhirnya, kesabaran Mia terbayar. Yang manis, yang indah. Selamat pengantin baru Mia!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))