Aktviti Membaca!

Isnin, 8 Julai 2013

My Precious Iris

My Precious Iris
Melur Jelita

ISBN: 9789670246482
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2013
Halaman: 1001
Harga: RM35

~ Rasaku… ~

Memang lelah nak baca buku ni. Tebalnya ya ampun! Lepas tu tak boleh dibaca semasa berbaring sebab kalau kena batang hidung, penyek terus hikhikhik

Mula-mula baca novel ni aku dah tersengih-sengih di part pesanan ayah Iris kepada Firman. Memang tabik habis. Tak pernah pula aku baca di mana-mana. Kalau diangkat ke versi drama, pengarah tak boleh tinggal adegan ni. Wajib ada tau hahaha ;P

Seperti yang sedia maklum, kesinambungan ini membawa kita kepada episod kebahagiaan bila saja kedua-dua pasangan ini akan diijabkabulkan. Alhamdulillah, seksa aku melihat pasangan ini tak sudah-sudah bergaduh. Jadi bila ada saja episod 2 pastinya aku mengharapkan yang indah-indah je.

Namun hidup tak selamanya indah. Apa lagi kehidupan juga tak mudah. Tapi Tuhan sentiasa ada buat hamba yang percaya pada-Nya. Tawakal dan usaha. Itu yang diajar oleh Firman kepada isteri tercintanya. Berusaha sehabis daya hingga penamatnya, dan disulam dengan doa dan tawakal. Bila Tuhan tak mengabulkan doa kita, jangan mudah putus asa. Ambillah sebanyak masa untuk merayu Tuhan-Mu, kerana Dia suka mendengar keluh-kesah dan permintaan para hamba-Nya.

Iris. Iris Firman Nur. Aku senang dengan perkembangan watak ini. Ada pelbagai warna yang dicorakkannya. Dia manja bila di sisi suaminya. Dia teguh di saat kelamnya. Dan dia lemah bila takdir menduganya. Sudah adat manusia, merintih hiba tatkala diuji. Namun Iris cukup bertuah dianugerahkan si suami yang benar-benar menyayanginya. Kekurangan Iris disempurnakan oleh Firman, saling melengkapi seadanya.

Firman. Ya, dia memang hero pujaan ramai. Aku akui. Kematangannya tak perlu diragui. Sang naga yang keras. Si ulat belancas yang gatal. Novel kali ni memberi kita ruang melihat perubahan emosi Firman. Daripada sepedas-pedasnya ke manis-manisnya hinggalah keanak-anakannya. Setianya Firman di sisi Iris saat badai melanda cukup menyentuh hati.

Kekuatan cerita ini pastinya terletak pada Firman-Iris. Melihat sejauh mana keutuhan cinta mereka. Saat bahagia, saat terjatuh dan menangis. Pasangan ini banyak mengajar kita apa ertinya hubungan suami isteri itu. Pasang-surut dan dugaan, masam manis kehidupan. Dan aku amat cadangkan novel ini buat mereka yang mahu atau pun sudah berumah tangga. Selamat bercinta setiap hari!

Oleh kerana kisah ini menjurus kepada hubungan Firman dan Iris, tak bermakna ianya kosong saja. Penulis bijak menyusun atur plot sekaligus menyelitkan segala bentuk nasihatnya. Secara peribadi, aku rasa novel ini lebih baik daripada ILUS kerana tidak terlalu meleret. Cuma aku terasa kehilangan Kemboja di sini. Walaupun aku sama-sama hanyut di Sungai Lui, ada masanya rindu juga dengan kehidupan Mai Tuan dan Fatimah.

Yalah, orang kata jatuh cinta pandang pertama. Tempat jatuh lagilah dikenang, ini pula tempat bermain. Phewitt.. ;P

Happy reading (^-<)

10 ulasan:

  1. baru nak order ILUS.. kesian baru tahu novel nhe..

    BalasPadam
  2. noorkhuzieen,
    Takpe, tak terlambat pun lagi nak baca ;D

    BalasPadam
  3. takde jual my precious iris ke?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Maaf. Saya tak jual. Awak boleh beli online terus daripada penerbitnya.

    BalasPadam
  5. MuMmyLiL,
    Selamat membaca! Memula ni nanti rasa bosan sikit kot nak baca, dah dapat rentak baru rasa best hihi

    BalasPadam
  6. Dah bc MPI...tapi tetap tak faham kat penghujung..firman hidup ke meninggal..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama,
    Oh. Tak. Dia masih hidup sampai hujung cerita :))

    BalasPadam
  8. Kurang faham penghujungnya. Apa terjadi kepada firman yg kononnya dikebumikan?

    BalasPadam
  9. hidayah ismail,
    Mungkin saya tertinggal sesuatu, tetapi rasanya dikebumikan itu bukan Firman. Nanti saya cek balik hoho :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))