Aktviti Membaca!

Rabu, 24 Julai 2013

Ajaib

Ajaib
Syafiq Aizat

ISBN: 9789670374352
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: May 2013
Halaman: 276
Harga: RM18.90

~ Rasaku… ~

2.5*

Full review: 15/07/2013

Aku cadangkan buku ini pada mereka yang mahu cuba buku Fixi. Ia kisah ringkas dan santai. Tak begitu mencabar sepertimana keluaran Fixi yang lain. Twist pun tak begitu ummph... agak klise sebenarnya.

Tapi aku suka premis cerita ini. Membawa aku kembali pada momen bergelar kanak-kanak. Tersengih-sengih sendiri bila baca cerita pertama kali datang bulan, bersunat, kem bina diri dan cinta monyet budak sekolah. Wah! Terasa sudah semakin tua pula aku ni hikhikhik

Ini kisah Izaq yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk halus. Kelebihan itu dianggap bala buatnya. Manakan tidak, ke mana pergi dia bisa saja melihatnya. Kalau mukanya kacak dan lawa takpe juga, ini... ya ampun! Tapi cerita selanjutnya bukan pada kelebihan Izaq, lebih kepada kisah dia dan kawan-kawannya. Sayang, kisah kelebihan Izaq itu tidak dikembangkan dengan baik. Mungkinkah ada kesinambungannya?

Namun cerita ini masih enak dinikmati. Apatah lagi dengan gaya penceritaan yang cukup sempoi. Memang ini gaya Fixi kan. Jadi tiada masalah nak menghadamnya. Dan cerita ini boleh dikategorikan bersih. Yalah, cerita anak-anak berusia 12 tahun. Cuma ada masanya aku rasa mereka ini lebih ke depan pemikirannya. Beberapa kali aku terfikir, ketika usia begini apakah aku juga berfikir sedemikian? Hmm...terutamanya cara pertuturan yang menggunakan laras bahasa yang agak tinggi untuk mereka yang seusia itu.

Aku rasa tajuknya bukan terletak pada isi ceritanya. Apa yang aku perasan ajaib itu terletak pada kata-kata nasihat Izaq pada temannya. Kesemuanya menjurus kepada betapa agungnya Tuhan kerana kita sentiasa saja ada ruang dan peluang untuk kembali kepada-Nya. Lihat, betapa ajaibnya Tuhan! Tak putus-putus memberi rahmat dan kasih sayang. Alhamdulillah.

Tapi itu pada pendapat aku. Orang lain mungkin melihat buku ini daripada perspektif yang berbeza. Macam kita makan cendol. Ada yang suka cendol biasa, cendol pulut atau cendol durian. Eh? Tak ada kaitan pun! hahaha ;P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))