Aktviti Membaca!

Jumaat, 5 Julai 2013

Kalau Jodoh Tak Ke Mana

Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Naurah Iman

ISBN: 9789675118937
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga Disember 2012
Halaman: 610
Harga: RM23

 
~ Rasaku… ~

Aku baca kisah ni sehari selepas tonton filem P. Ramlee. Kebetulan salah satu lagu dalam filem itu sama tajuknya dengan novel ini. Tu yang terasa sungguh klasik novel ini *wink*

Ini kisah Nur Aleeya Maisara [Sara] dan Ameer Hakimi [Kimi]. Masing-masing dalam misi mencari cinta di hati. Saat Sara terpandang si dia, hatinya sudah terpaut. Dia lah lelaki yang dinanti-nanti. Dan saat mendengar tawa si dia, Sara terus pengsan! hahaha

Tapi bagi Kimi, dia sudah penat menanti bulan jatuh ke riba. Sudah lima kali, nasib tak pernah menyebelahinya. Akhirnya dia putuskan, kalau ada sesiapa yang meminang dia akan terima. Eh?

Maka berlakulah episod si dara meminang sang teruna. Bila saja pinangan diterima, janji termeteri. Sara dan Kimi disatukan tanpa Kimi kenal siapa gerangan dia sang isteri. Sara menanam tekad, sang suami akan ditakluki. Kimi akan jatuh cinta padanya. Pasti. Dia sangat pasti.

Bukan mudah mahu memikat tapi Sara tak pernah putus asa. Selagi Kimi masih suaminya, dia akan cuba pelbagai cara. Tapi saat Lisa muncul semula, hati Sarah berdarah. Luka. Ada insan lain rupanya yang menakluki hati Kimi. Patah hati Sarah. Bagaimana mahu mendapatkan Kimi sedangkan lelaki itu rupanya mencintai orang lain?

Sarah sedar diri. Tahu di mana kedudukannya sebagai isteri yang tak dicintai. Dia mula melangkah ke belakang, setapak menjauhkan diri daripada Kimi. Hati harus diajar untuk memahami cinta lelaki itu terlalu sukar untuk digenggami. Namun saat Sara melarikan diri, Kimi makin rapat menghampiri.

Kimi tak senang duduk bila saja Sara sudah mengetahui keadaan sebenar. Dia mahukan Sarah kekal sebagai isteri tapi Lisa juga dia mahu. Memang tamak! Lelaki seperti Kimi memang ada ciri-ciri lelaki yang minta pelempang laju-laju hahaha Jadi, harus apa yang Kimi lakukan? Bukan mudah mahu meyakinkan Sara yang hatinya sudah jatuh sayang pada si isteri. Jeng..jeng..jeng..

Aku rasa bila aku tidak expect apa-apa, ia akan lebih menyeronokkan. Seperti mana aku baca novel ini, aku enjoy menghadamnya. Ada masam-masam-manis..cukup perisanya. Ada saat mahu ketawa melihat akal Sara, ada rasa mahu menangis mengenangkan saat-saat sedihnya.. dan ada rasa mahu jatuh cinta bila saja dia terpandangkan si dia. Bravo. Ada masanya alunan bahasa yang simple dan santai boleh memikat para pembacanya untuk setia ke halaman terakhir. Ditambah dengan susunan plot yang kemas dan teratur. Dan pastinya Naurah Iman akan menjadi penulis baru kegemaranku.

Jeling-jeling di blog penulis, ha ada siri mini sambungan novel manis ni..phewitt ;))

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Bestlah mini nvl nie. Kelakarlah. Tp tak ramai tahu tentang novel jemati seni kan.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Ya ke tak ramai tahu? Setahu saya ramai je peminat Hlovate, jadi pasti tahu tentang JS kan? ;))

    BalasPadam
  3. thank u airina. komen anda dan review itu membuatkan hati sy senang. insyaAllah. doakan sy supaya dapat mengarap karya yang lebih baik lagi.

    BalasPadam
  4. Naurah Iman,
    Sama-sama wahai cik penulis ;))
    Besar hati saya bila sudi singgah sini. Terima kasih!
    InsyaAllah, kami akan sentiasa menyokong & mendoakan yang terbaik untuk Naurah Iman. All the best!

    BalasPadam
  5. mazlen johar,
    Menarik. Cubalah baca ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))