Aktviti Membaca!

Khamis, 16 Mei 2013

Hlovatinta

Hlovatinta
Hlovate

ISBN: 9789670508320
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2013
Halaman: -
Harga: RM10


~ Rasaku… ~

Buku ni akan nampak lebih indah jika turut disisipkan ‘contengan’ Hlovate yang ada di dinding mukabukunya.

Walaupun Contengan Jalanan yang mendominasi tintanya kali ini, aku suka. Mungkin sebab aku suka si Fend dan K2..arghh rindu pada Chad. Tapi tak mengapa, sisipan kata-kata motivasi dalam tiap novel sebelum ini sudah memadai.

Sudah cukup untuk kita berhenti melangkah dan berfikir sejenak. Tarik nafas. Apa yang aku dah lakukan selama ini? Apa sudah cukup baguskah sebagai hamba?

Senyum. Kita akan sentiasa ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Ya, selagi nyawa yang dipinjam tidak diragut pergi. Selagi kita bernafas di muka bumi... bersyukurlah dengan apa saja yang Tuhan pinjamkan pada kita.

Alhamdulillah. Cermin-cermin diri sendiri. Semua manusia pernah buat silap. Semua. Pernah.

Happy reading (^-<)

12 ulasan:

  1. Sejujurnya,

    Pada pendapat saya, Contengan Jalanan memang banyak pengajaran dan dalam banyak-banyak karya Hlovate, hanya Contengan Jalanan dan Schubert's Serenade yang benar-benar membuka mata saya membacanya. Yang lain-lain, pengajarannya lebih kurang sama.
    Apapun, setiap buku garapan Hlovate memang penuh dengan pengajaran berguna untuk sama-sama kita ambil iktibar. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Salam. Tahu tak kat mana boleh dapat beli? Sy cari tak jumpa lah :(

    BalasPadam
  3. dandelion kiss,
    Kan? Saya pun suka CJ tu..ada 'ritma' yang menasihati. Menyusup masuk dalam hati ;))

    Ekin Anasha :),
    Cuba lihat di online JS. Kalau masih ada lah, sebab edisi ini terhad je.

    BalasPadam
  4. Orang kata Hazrul Rizwan (penulis Murtad & Tuhan) adalah Hlovate.

    Benarkah?

    BalasPadam
  5. Pei Pan,
    Ya kah? Hmm..susah nak percaya sebab bila baca karya Murtad, rentaknya beza dengan tulisan Hlovate di JS.
    Lagipun saya pernah baca di dinding mukabuku Hlovate yang dirinya tak pernah menulis untuk mana-mana pihak kecuali JS.

    Ohhoi! Misteri sungguh si Hlovate ni ;P

    BalasPadam
  6. Saya pun tak pasti. Tapi masa sesi autograf Murtad (mungkin Tuhan, saya dah lupa), ada novel terbiatan JS karangan Hlovate di atas meja (di letak bersebelahan novel keluaran Fixi).

    Saya ada beli Contengan Jalanan tapi masih belum baca. Jadi tak pastilah rentak penulisannya bagaimana.

    Mungkin beliau menulis di JS terlebih dahulu dan sekarang menulis dengan Fixi pula. Mungkin.

    BalasPadam
  7. Pei Pan,
    Tapi saya rasa Hlovate itu seorang wanita. Apa lagi bila membaca karyanya sebelum ini, hati tetap keras mengatakan dia wanita ;D

    BalasPadam
  8. Ramai juga yang kata begitu :)

    BalasPadam
  9. https://twitter.com/BukuFixi/status/335781305197424641

    Jadi macam mana? :p

    BalasPadam
  10. Pei Pan,
    Saya masih katakan yang dia bukan Hasrul Rizwan :D

    BalasPadam
  11. Nak menyampuk, Pei Pan
    Tak pernah baca Hasrul Rizwan, jadi takleh nak kata apa-apa. Tapi setuju dengan kak Airina, saya pun rasa Hlovate tu perempuan...dari gaya feminis tulisannya. haha

    ~jeles akak dapat hlovatinta ni. sy tak berapa minat on9 JS.terlepas date~ tengok dah habis.
    ~eh, Pei Pan tu bukan ke RAM punya novel awal2 dulu?

    BalasPadam
  12. Happy Mind,
    Kan? Hati akak rasa memang Hlovate tu perempuan. Few updates dari rakan-rakan JS pun begitu :))

    Akak memang beli online. Credit pada fan page JS yang selalu update.
    Pei Pan tu memang nama tajuk awal buku RAM :D Tapi Pei Pan yang ini, kawan sekafein buku akak!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))