Aktviti Membaca!

Rabu, 22 Mei 2013

Di Atas Sajadah Cinta

Di Atas Sajadah Cinta
Habiburrahman El Shirazy

ISBN: 9789832672494
Penerbit: Ar-Risalah [Diterbit semula dalam BM]
Tarikh Terbit: 2008
Halaman: 306
Harga: RM15.90

~ Rasaku… ~

Lama benar ambil masa nak habiskan buku comel ini. Bukan sebab tak best...eh! Bukan. Cuma aku mengalami mood swing beberapa minggu lalu. Sekaligus mengganggu graf pembacaanku ngee~~

Baik, ini koleksi cerpen gaya Islamik yang pada awalnya aku fikirkan adalah kompilasi karya penulis itu sendiri tetapi tidak. Ada jugalah 2-3 karya asal Kang Abik tapi yang banyaknya kisah teladan yang mungkin jarang kita baca. Kisah yang berlaku ketika zaman Nabi dan para sahabat, ketika pemerintahan khalifah, semuanya memang sesuai amat untuk santapan nurani kalian ;D

Banyak yang aku suka sebenarnya. Salah satunya kisah dua beradik; seorang abang yang warak dan adik yang menghabiskan usianya dengan perjudian, pelacuran dan maksiat. Tapi di satu malam, hati kedua-duanya berubah. Si adik terdetik untuk kembali pada jalan Allah manakala abangnya tergoda untuk berbuat maksiat. Hanya sekali, dan kemudiannya dia akan terus bertaubat. Namun Allah merencanakan sesuatu yang lain. Malam itu gempa bumi berlaku. Si abang yang warak mati dalam maksiat tetapi si adik mati ketika beriktikaf di masjid. Lihat, Allah berhak memilih sesiapa jua yang dikehendaki-Nya untuk bertaubat.

Kisah lain? Sila baca sendiri. Ada 38 buah cerita kesemuanya. Ringkas dan padat. Cuma walau dah diterbit semula dalam bahasa kita, ada juga beberapa patah perkataan asal yang dikekalkan. Jadi mungkin pada yang tak biasa akan rasa sedikit keliru. Takpe, online DBP kan ada ;))

Pintu rahmat dan taubat-Nya senantiasa terbuka. Kita yang perlu mengorak langkah menuju-Nya. Allahu Allah *mata bergenang*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))