Aktviti Membaca!

Khamis, 21 Mac 2013

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman
Dr Shah Ibrahim

ISBN: 9789671161104
Penerbit: Mrflowermanstudio
Tarikh Terbit: Disember 2012
Halaman: 157
Harga: RM32


 
~ Rasaku… ~

Lama juga nak ambil masa untuk tulis review. Bukan apa, novel grafik bukannya kebiasaan buat aku walaupun aku sangat meminati siri Dragon Ball dan Conan. Eh! ;P Watak utamanya buat aku terbayang kisah Blues Untuk Aku, siri popular dalam majalah Ujang. Ingat lagi? Phewitt...kenangan tu ;D

Kisahnya ringkas. Seorang pelajar lelaki yang ‘mengembara’ mencari ilmu di luar negara. Hatinya sudah diasuh baik-baik. Jangan ada apa-apa atau siapa pun yang harus menghalangnya menggapai impiannya itu. Tetapi manalah tahu, takdir ‘mengajar’nya sesuatu.

Manusia dan cinta. Susah untuk mengelaknya. Lagi-lagi bila ia mungkin cinta pandang pertama. Itu yang berlaku pada Shah. Saat mata menyapa si dara, buat pertama kalinya hati bergetar hebat. Dan kemudiannya bila saja dia sudah mengenali si dara, Shah bisa saja terbang ke langit. Amboi! Dahsyat sungguh penangan si dara – Lily namanya.

Namun adat pertemuan akan ada perpisahan. Persahabatan yang dihulur disalaherti. Meletakkan diri di tempat Shah, mungkin aku juga akan jadi mamat perasan hikhikhik ;P Kerana aku tahu, kita perlu menjelaskan perasaan kita daripada awal. Antara kawan dan cinta itu ada satu garis pemisah yang cukup halus, apatah lagi berkawan berlainan jantina.

Apa pun, hidup ini perlu diteruskan;

Sedangkan seorang perajurit yang telah kehilangan kaki dan tangan di medan perang masih mampu meneruskan kehidupan...inikan pula kecederaan di hati [page 154]

Tiada masalah besar dalam menghadam tiap helaian kerana ia berbentuk novel grafik dengan konsep cinta dan kawan yang biasa. Tetapi apa yang mahal sebenarnya adalah ini pengalaman penulisnya sendiri, yang berkongsi saat jatuh bangun menjadi seorang pelajar. Bagaimana beliau dengan sukarela mengorek kisah cintanya dan dibukukan untuk tatapan semua orang *wink*

Padaku, lukisannya lebih banyak bercerita, walaupun pada hakikatnya grafik dan isinya seimbang. Penulis juga bijak menyelitkan foto asal bila perlu. Jadi dapatlah aku berangan macam pernah sampai ke situ. Yay!

Kredit untuk kertas glossy yang tebal. Mahal kot kosnya. Dan aku paling suka kulitnya. Putih. Suci bersih je. Tak terlalu serabut dan ada bunga-bunga. Eh! Ditambah dengan ini;

Andainya takdir menyebelahiku, buku ini pasti sampai ke tanganmu... [blurb novel]

Terima kasih kepada penulisnya sendiri yang sudi mengirimkan naskhah pertamanya kepada GA. Terima kasih tuan doktor, ada sambungan kedua jangan lupakan. Wah, Rina! Diberi betis, nak peha hikhikhik ;P

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. okey nak beli kat ne ni? best nya akak dapat buku free gitu~

    BalasPadam
  2. Happy Mind,
    Oh! Lupa nak masukkan link. Adik boleh ke:-
    http://mrflowermanstudio.com

    Alhamdulillah, tuan doktor tu baik hati nak beri free :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))