Aktviti Membaca!

Khamis, 25 Oktober 2012

Nah, Untuk Awak!

Nah, Untuk Awak!
Nirrosette

ISBN: 9789675118869
Penerbit: Jemari Seni Sdn BhdTarikh Terbit: Mei 2012
Halaman: 474
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

There's no need to be in someone else's shoe. Just appreciate what you have and be thankful. That's more than enough [page 469]

Dalam novel kedua, Nirrosette masih mengekalkan sisi manisnya. Kisah anak remaja sememangnya sentiasa manis di mataku. NUA adalah kisah si Najiha yang mencari bahagianya. Dia sentiasa percaya akan hidup ini mudah dan bahagia-bahagia saja. Mana tahu pelangi yang disusurinya hari-hari hilang di balik awan. Si cinta hati, Ilham yang dianggap kekasih sejati rupanya beralih arah. Lebih melukakan, teman baik sendiri yang menjadi pengganti diri. Jadi, ke mana harus dibawa luka yang pedih ini?

Kerana kasihkan anak, babah Najiha menghantar Najiha ke bumi Korea. Walaupun pada mulanya Najiha berat hati tetapi melihat betapa bersungguhnya babah, dia rela. Lagipun bukankah itu jua impiannya selama ini? Kegembiraan yang mahu dicari itu seakan tercalar dengan kehadiran mamat bajet macho bernama Eid. Entah mengapa mudah pula babahnya percaya lelaki yang baru dikenalinya itu. Siap diamanahkan menjaganya di Korea lagi. Eh! Tak sukanya! ;P

Walaupun agak klise iaitu boleh ditebak yang nanti Eid sukakan si Najiha dalam diam tetapi aku masih boleh layan. Mungkin kerana ini:-

Eid – “So... do you live up to your name, Miss Najiha?” [page 64]

Perghhh! Sentap juga kot kalau aku ditanya soalan sebegitu kih5 Tetapi sebab tu aku suka Eid :D Lagipun watak Eid yang macam takde perasaan tu yang membangkitkan rasa tahu aku terhadapnya. Dari perkara yang kecil dan mungkin dianggap remeh, Eid tetap ada di situ untuk memberi Najiha pengertian. Eid ni ala-ala Adam Khalis. Banyak membawa pembaharuan dalam hidup Najiha. Mungkin lepas ni, Nir boleh buat kisah gadis yang ala-ala Eid & Adam pula kot :D

Dan cerita seterusnya? Aku rasa korang pun dah boleh agak kan, sebab aku kan dah kata ceritanya agak klise kih5 ;P Tetapi aku tetap sukakan NUA. Penulis menasihati pembacanya dengan cukup halus. Melalui gaya bahasa kegilaan para remaja di luar sana, ditambah dengan elemen koreanya dan kisah cinta selepas kahwin yang sweet akan buat ramai yang terpikat :D

Credit to Nir untuk tintanya yang ini:-

untuk mereka yang 'kehilangan',
time to move on and let go perhaps? ;)

Perhaps? *rolledeyes*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))