Aktviti Membaca!

Rabu, 29 Ogos 2012

Peristiwa Bersejarah Ramadan

Peristiwa Bersejarah Ramadan
Zamri Zainal Abidin, Imran Azmi

ISBN: 9789673660247
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama, 2010
Halaman: 168
Harga: RM18


~ Rasaku… ~

Ini peneman sepanjang [eceh! Padahal peneman 2 minggu sebelum raya kih5 ;P] bulan Ramadan lalu. Buat pertama kalinya aku merasakan sejarah itu indah. Aku tak mudah bosan malah ralit mengulitnya sementara menunggu azan Subuh.

Ia sebenarnya catatan yang cukup ringkas, memadai dengan halaman yang tidak sampai 200 muka pun. Mungkin kerana itu, penulis bijak memuatkan kesemua isi penting tanpa meninggalkan nama-nama penting di sebalik setiap sejarah yang ditulis.

Hanya ada 11 bab yang dimuatkan. Bermula daripada Al Quran diturunkan, kemudiannya Perang Badar, Perang Khandaq, pembebasan Kota Makkah, penghancuran patung sembahan, perjalanan ke Tabuk dan kemudiannya catatan peristiwa berlaku ketika di zaman pemerintahan khalifah. Ini termasuklah Perang Qadisiyah, pembebasan Andalus, Perang Salib: Pembebasan Palestine, Perang Ain Jalut dan terakhirnya Perang Arab-Israel: Pembebasan Sinai.

Aku suka bila mana penulis tidak mengabaikan pembacanya [akulah tu yang kurang gemari sejarah ;P], maksudku tidak membiarkan pembacanya syok sendiri. Setiap peristiwa, siapa, apa dan bagaimana boleh terlibat disusun dengan kemas. Malah laras bahasanya juga cukup mudah untuk dimamah dan ada masanya aku merasakan yang aku sedang menonton Jejak Rasul di TV3, bukannya memegang [baca: membaca] buku.

Kalau nak terkeliru pun, mungkin kerana nama-nama yang dipetik. Dan jujurnya, aku sendiri pun ada masanya perlu membaca beberapa kali atau menyelak halaman sebelumnya kerana khuatir tersalah nama *wink*

Aku juga suka bila ada bantuan gambar, peta mahupun petikan daripada ayat-ayat Al Quran yang diambil. Sememangnya itu sudah banyak membantu para pembaca akan perkara sebenar yang berlaku.

Cuma mungkin, penulis boleh menyediakan glossari kerana kalau tak salah pastinya ke semua catatan tersebut ada sumber asalnya ;D

Kemenangan di tangan Tuhan dan memang diberikan kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Namun, Tuhan hanya memberi pertolongan kepada orang yang sudah melakukan persiapan dan sentiasa berjaga-jaga pada segala kemungkinan [page 75]

Mintalah pertolongan kepada Allah untuk diri kamu sebagaimana kamu meminta kemenangan daripda musuh-musuh kamu. Aku juga meminta hal itu kepada Allah untuk kami dan untuk kamu – Khalifah Umar bin Khattab, Perang Qadisiyah [page 108]

Happy reading (^-<)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Aidilfitri


A quick post here! Moga selamat semuanya... taqaballahu minna wa minkum ;)

Ps: GA masih dalam mood cuti. Review nanti-nanti ya! hee ;P

Happy reading (^-<)


Jumaat, 17 Ogos 2012

GA Quotes 2



Belajarlah mencintai apa yang kita ada, bukan apa yang kita lihat... kerana mata mudah saja dipedaya dan dipesona - GA, BTS. 2012

Happy reading (^-<)

Khamis, 16 Ogos 2012

Thanks KN

Sebenarnya ini nota tanda ucapan terima kasih. Saja nak berkongsi cerita. Bukankah sharing is caring? *wink*

Rasanya aku pernah bercerita tentang masalah percetakan yang berlaku pada buku tulisan Areila Sahimi di sini. Dan tak sangka bila menerima kiriman dari pihak KN minggu lepas, aku dapat bukan saja novel baru tetapi dengan ini:-



Aku tak pasti sama ada penerbit lain ada menggunakan pendekatan sebegini. Setakat ini yang aku tahu pihak Karangkraf dan Jemari Seni juga ada polisi pemulangan buku [penggantian caj kurier aku tak pasti]. Jadi para pembeli pastinya tak perlu risau. Panjangkan saja masalah anda pada pihak penerbit, pasti anda dapat layanan yang baik dan mesra ;)

Happy reading (^-<)


Rabu, 15 Ogos 2012

Surat Ungu Untuk Nuha

Surat Ungu Untuk NuhaNoor Suraya

ISBN: 9789834321734
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2007
Halaman: 484
Harga: RM20


~ Rasaku… ~
Sayu. Jatuh cinta, tangis, jatuh cinta lagi ;D
Itu mungkin sudah cukup untuk aku ungkapkan rasa yang ada dalam SUUN. Aku bukan pakar untuk membedah isi cinta Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk, tetapi rasa yang disampaikan oleh Alang pada Nuha sudah meresap dalam hati, seiring kata-kata puitis yang dikarang oleh Alang.

Nuha membawa diri ke nun jauh di utara. Membawa diri di saat abang Faisalnya mahu berkahwin. Rasa suka dan cinta yang disemat dalam hati semenjak kecil harus dipadam bila abang Faisal hanya menyayangi Nuha seperti adiknya. Kecewa dengan itu, Nuha berkeras mahu berangkat ke tempat pengajiannya lebih awal. Perjalanannya telah menemukannya dengan mamat Afro yang gatal! *wink* Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula. Si Afro itu, enche Alang Rebus Tak Empuk tu la :P

Namun takdir ada perjalanannya yang diatur. Nuha bertemu lagi dengan Alang di rumah yang disewanya. Sungguh tak sangka! Rasa benci, menyampah dan jengkel masih mendiami hatinya. Memang geram bila Alang tu suka sangat cari pasal dengan dia. Ada saja kompelinnya hee :P

Tetapi siapa tahu apa yang ada dalam hati Alang? Alang yang berjiwa lembut itu sebenarnya sudah menganyam rasa suka dalam hati. Alang suka dengan Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu. Dia suka kerana dalam garangnya Nuha terselit rasa lemah-lembut dan bertimbang rasa. Apatah lagi bila melihat Nuha yang sanggup menjadi ummi pada anak yang ditolak oleh Faisal. Lihat! Nuha gadis yang penuh dengan kasih sayang.

Rasa suka, kasih dan cinta Alang pada Nuha dicoret dalam kata-kata puitisnya. Disimpan dalam peti rahsia komputernya. Namun peti rahsianya pecah dirobek oleh Nuha. Dan di saat itu Alang membawa diri. Bukan hanya kerana rahsia hatinya pecah tetapi pergi kerana ada satu lagi rahsia lama yang diungkit kembali. Hati Alang parah. Namun apa yang paling parah, bila matanya diambil kembali. Ujian itu datang kerana Allah sayangkan kita. Benar kan?

Rahsia apakah yang membawa Alang pula jauh dari Nuha? Jeng jeng jeng... psstt... rahsia. Kan dah cakap tadi hahaha :P Kalau nak tahu, sila-sila baca sendiri. Dan pastinya nak tahu kan sama ada Alang dan Nuha akan bersama-sama atau tidak, kan?

serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya

Cair? Hati aku mencair sama-sama dengan kata-kata puitis Kaksu dan abang Rosdi. Dan ada masanya aku merasakan yang kata-kata itu adalah nota cinta dari abang Rosdi buat sang isterinya *wink*

Happy reading (^-<)

Jumaat, 3 Ogos 2012

GA Quotes 1




Setiap Jumaat, jika berkesempatan aku akan post kata-kata indah [quotes] yang menarik dan boleh dijadikan inspirasi. Inspirasi bukannya panduan. Lain ya, jangan salah faham pula kih5


GA Quotes mungkin daripada pendapatku sendiri atau aku akan petik daripada mereka/sumber yang lebih arif.

Moga yang terbaik untuk aku dan kamu semua. Salam Ramadan 14 ;)


Happy reading (^-<)


Rabu, 1 Ogos 2012

Influenza Cinta

Influenza Cinta
Levis Delisya


ISBN: 9789670342214
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2012
Halaman: 588
Harga: RM22.90


~ Rasaku… ~

Aku dahulukan novel ini disebabkan ia novel pinjam kih5 Dicadangkan oleh si cilik Shira. Bukan main lagi ya ada kisah kawen-mawen, dah besar rupanya si cilikku ini ;P

IC bercerita tentang Yasmin Dayanna [Yasmin]; pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Dek kerana Yasmin pernah kemalangan dan akibatnya dia hilang ingatan, dia tak mampu mengingati memori zaman persekolahannya. Sekaligus dia tidak menduduki SPM. Itu menjadikan mengapa Yasmin perlu mencari suami kerana dia tak mampu menguruskan hotel warisan keluarganya. Dia perlukan lelaki yang berkelayakan dan berketrampilan untuk meneraju hotelnya.

Yasmin bertemu janji dengan tiga lelaki. Lelaki pertama Hakim ditolak. Calon kedua, Zul Khuzaimey [Jimmy]; seorang playboy dan calon ketiga, Ezad Hakimi [Ejat]. Ejat rupanya cinta pertamanya di alam persekolahan. Yasmin yang sememangnya tidak langsung ingat siapa Ejat, tetap jatuh cinta pada lelaki itu saat kali pertama bersua. Ejat pula trauma dengan Yasmin, kerana Yasmin membawa dia kembali pada kenangan lama yang ingin dipadam dalam kotak hidupnya. Jadi apa kesudahan Yasmin dalam episodnya mencari suami? Ejat yang penuh rasa sakit hati dan dendam atau Jimmy yang sering saja menjadi 'genie'nya di kala duka?

Sejujurnya aku suka idea penulis ini. Dah ada tetapi aku rasa ia dipersembahkan dengan terlalu kebudak-budakan. Maaf kalau aku berlaku kejam. Namun sebagai penulis, anda perlu tahu [at least the surface] sebelum menyampaikan sesuatu fakta.

Menurut wiki; Retrograde amnesia [RA] is a loss of access to events that occurred, or information that was learned, before an injury or the onset of a disease.

Kalau mengikut MedicineNet pula; Amnesia in which the lack of memory relates to events that occurred before a traumatic event.

Senang cerita, RA adalah ketidakmampuan mengingat kembali memori yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum kecederaan. Jadi di sinilah seharusnya menjadi titik-tolak kepada perkembangan watak Yasmin. Memang di awal cerita sudah dilakar sebagai gadis yang mempunyai IQ rendah, naif, lurus-bendul tetapi dia bukannya kebudak-budakan. Jadi bila Yasmin disahkan mengalami RA, aku tak melihat relevannya dia berperwatakan so childish. Sayang sungguh bila isu RA itu tidak dikembangkan dengan baik, kalau tidak aku yakin watak Yasmin mungkin akan lebih reliable.

Apa yang menyelamatkan naskhah ini adalah jalan cerita yang sempoi, tak terlalu stiff dan ada sedikit pengaruh drama korea. 'Resipi' yang diakui dapat menarik minat para pembaca di luar sana. Dan sebagai pendatang baru, aku ucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung. Moga cik penulis terus berkarya dan tak mudah kecil hati dengan pendapatku ni ;D

Walaubagaimanapun, aku bagi kredit untuk kata-kata penulis yang ini:-

Awas! Cinta itu pembawa virus gila! [Blurb novel]

Happy reading (^-<)