Aktviti Membaca!

Rabu, 29 Ogos 2012

Peristiwa Bersejarah Ramadan

Peristiwa Bersejarah Ramadan
Zamri Zainal Abidin, Imran Azmi

ISBN: 9789673660247
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama, 2010
Halaman: 168
Harga: RM18


~ Rasaku… ~

Ini peneman sepanjang [eceh! Padahal peneman 2 minggu sebelum raya kih5 ;P] bulan Ramadan lalu. Buat pertama kalinya aku merasakan sejarah itu indah. Aku tak mudah bosan malah ralit mengulitnya sementara menunggu azan Subuh.

Ia sebenarnya catatan yang cukup ringkas, memadai dengan halaman yang tidak sampai 200 muka pun. Mungkin kerana itu, penulis bijak memuatkan kesemua isi penting tanpa meninggalkan nama-nama penting di sebalik setiap sejarah yang ditulis.

Hanya ada 11 bab yang dimuatkan. Bermula daripada Al Quran diturunkan, kemudiannya Perang Badar, Perang Khandaq, pembebasan Kota Makkah, penghancuran patung sembahan, perjalanan ke Tabuk dan kemudiannya catatan peristiwa berlaku ketika di zaman pemerintahan khalifah. Ini termasuklah Perang Qadisiyah, pembebasan Andalus, Perang Salib: Pembebasan Palestine, Perang Ain Jalut dan terakhirnya Perang Arab-Israel: Pembebasan Sinai.

Aku suka bila mana penulis tidak mengabaikan pembacanya [akulah tu yang kurang gemari sejarah ;P], maksudku tidak membiarkan pembacanya syok sendiri. Setiap peristiwa, siapa, apa dan bagaimana boleh terlibat disusun dengan kemas. Malah laras bahasanya juga cukup mudah untuk dimamah dan ada masanya aku merasakan yang aku sedang menonton Jejak Rasul di TV3, bukannya memegang [baca: membaca] buku.

Kalau nak terkeliru pun, mungkin kerana nama-nama yang dipetik. Dan jujurnya, aku sendiri pun ada masanya perlu membaca beberapa kali atau menyelak halaman sebelumnya kerana khuatir tersalah nama *wink*

Aku juga suka bila ada bantuan gambar, peta mahupun petikan daripada ayat-ayat Al Quran yang diambil. Sememangnya itu sudah banyak membantu para pembaca akan perkara sebenar yang berlaku.

Cuma mungkin, penulis boleh menyediakan glossari kerana kalau tak salah pastinya ke semua catatan tersebut ada sumber asalnya ;D

Kemenangan di tangan Tuhan dan memang diberikan kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Namun, Tuhan hanya memberi pertolongan kepada orang yang sudah melakukan persiapan dan sentiasa berjaga-jaga pada segala kemungkinan [page 75]

Mintalah pertolongan kepada Allah untuk diri kamu sebagaimana kamu meminta kemenangan daripda musuh-musuh kamu. Aku juga meminta hal itu kepada Allah untuk kami dan untuk kamu – Khalifah Umar bin Khattab, Perang Qadisiyah [page 108]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))