Aktviti Membaca!

Rabu, 15 Ogos 2012

Surat Ungu Untuk Nuha

Surat Ungu Untuk NuhaNoor Suraya

ISBN: 9789834321734
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2007
Halaman: 484
Harga: RM20


~ Rasaku… ~
Sayu. Jatuh cinta, tangis, jatuh cinta lagi ;D
Itu mungkin sudah cukup untuk aku ungkapkan rasa yang ada dalam SUUN. Aku bukan pakar untuk membedah isi cinta Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk, tetapi rasa yang disampaikan oleh Alang pada Nuha sudah meresap dalam hati, seiring kata-kata puitis yang dikarang oleh Alang.

Nuha membawa diri ke nun jauh di utara. Membawa diri di saat abang Faisalnya mahu berkahwin. Rasa suka dan cinta yang disemat dalam hati semenjak kecil harus dipadam bila abang Faisal hanya menyayangi Nuha seperti adiknya. Kecewa dengan itu, Nuha berkeras mahu berangkat ke tempat pengajiannya lebih awal. Perjalanannya telah menemukannya dengan mamat Afro yang gatal! *wink* Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula. Si Afro itu, enche Alang Rebus Tak Empuk tu la :P

Namun takdir ada perjalanannya yang diatur. Nuha bertemu lagi dengan Alang di rumah yang disewanya. Sungguh tak sangka! Rasa benci, menyampah dan jengkel masih mendiami hatinya. Memang geram bila Alang tu suka sangat cari pasal dengan dia. Ada saja kompelinnya hee :P

Tetapi siapa tahu apa yang ada dalam hati Alang? Alang yang berjiwa lembut itu sebenarnya sudah menganyam rasa suka dalam hati. Alang suka dengan Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu. Dia suka kerana dalam garangnya Nuha terselit rasa lemah-lembut dan bertimbang rasa. Apatah lagi bila melihat Nuha yang sanggup menjadi ummi pada anak yang ditolak oleh Faisal. Lihat! Nuha gadis yang penuh dengan kasih sayang.

Rasa suka, kasih dan cinta Alang pada Nuha dicoret dalam kata-kata puitisnya. Disimpan dalam peti rahsia komputernya. Namun peti rahsianya pecah dirobek oleh Nuha. Dan di saat itu Alang membawa diri. Bukan hanya kerana rahsia hatinya pecah tetapi pergi kerana ada satu lagi rahsia lama yang diungkit kembali. Hati Alang parah. Namun apa yang paling parah, bila matanya diambil kembali. Ujian itu datang kerana Allah sayangkan kita. Benar kan?

Rahsia apakah yang membawa Alang pula jauh dari Nuha? Jeng jeng jeng... psstt... rahsia. Kan dah cakap tadi hahaha :P Kalau nak tahu, sila-sila baca sendiri. Dan pastinya nak tahu kan sama ada Alang dan Nuha akan bersama-sama atau tidak, kan?

serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya

Cair? Hati aku mencair sama-sama dengan kata-kata puitis Kaksu dan abang Rosdi. Dan ada masanya aku merasakan yang kata-kata itu adalah nota cinta dari abang Rosdi buat sang isterinya *wink*

Happy reading (^-<)

5 ulasan:

  1. best sngat novel ini asyik mlayang2 je baca siap puisi bgai alang nie.

    BalasPadam
  2. wah, baca review ni buat saya rasa nak ulang baca si Alang Rebus Tak Empuk ni.;)

    BalasPadam
  3. ciknie,
    Best kan? Rasa macam jatuh cinta berkali-kali ;D

    Hajar,
    Silakan Hajar! Sangat bermakna novel ni kan? ;)

    Ps: Selalu baca review Hajar, tapi saya masih gagal untuk komen di situ. Nampaknya saya masih zero tentang hal IT ni ;|

    BalasPadam
  4. Cik Airina,

    Winkkkkkk...terbuai-buai membaca review yang sangat cantik secantik dan seindah cinta Alang buat Nuha..:)

    BalasPadam
  5. AimieAfifah,
    Hee ;)) Saya sendiri memang sentiasa terbuai-buai dengan cinta mereka berdua.

    Lama tak nampak kakchik! Moga selamat semuanya ya kak.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))